Orang kita sering dimomokkan dengan hantu, jembalang, penanggal, roh saka jahat dan sebagainya. Kesannya masyarakat kita telah disampuk dengan sindrom takut. Takut tak bertempat. Dengan Allah tak pulak nak takut. Terang-terangan menentang hukum Allah. Ada yang sampai tahap tak percayakan Allah. Syaitan juga percayakan Allah tau. Maknanya kita lagi teruk dari syaitan.
Ramainya orang takut dengan masa depan. Kenapa kita takut dengan perkara yang tak pasti. Takutlah dengan Allah yang sudah pasti ada. Memanglah kita kena merancang, tapi terlalu merancang tanpa ada kebergantungan kepada Allah dan merasakan bahawa perancangan pasti akan membuahkan hasil, akhirnya akan mendatangkan kekecewaan.
Aku perhatikan sekarang ni orang takut-takut nak hidup, takut tak makan, takut orang mengata, takut dibuang kerja, takut ketinggalan zaman, takut sakit, takut mati, takut miskin dan macam-macam lagi ketakutan. Macam mana la kita nak hidup dan bina tamadun jika masyarakat kita sentiasa hidup dalam ketakutan?
Masa zaman jahiliah kat Mekah dulu, sifat takut-takut inilah yang membuatkan masyarakat percaya melulu kepada banyak tuhan, menilik nasib, membunuh anak perempuan dan menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kerana takut masa depan mereka terjejas. Takut kununnya masa depan mereka dirampas.
Aku tahu, kita mesti hidup dalam realiti bukan dalam alam fantasi. Tapi sedarkah kita bahawa dunia ini sudah hampir sampai ke penghujung, dan dunia realiti yang kita hidup sekarang ialah dunia palsu ciptaan manusia itu sendiri. Sekiranya kita tidak mengikut peraturan dunia seperti yang Empunya Dunia mahukan, sudah pasti kita sentiasa dalam kerugian hakiki.
Tempuhilah dunia ini sebagai orang hidup, yang bukan setakat wujud. Manusia yang hidup tapi macam tak wujud bolehlah ditanam sebab ia akan menyusahkan orang lain je.
anif says
Err takutnya baca entry ini 😀
Sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini.. anggap sahaja semuanya itu sebagai cabaran dan ujian untuk menjadikan kita lebih baik.
Cikgu Hairul says
Err takut? takde apa yg perlu ditakutkan. Baca je.
chii says
kadang2 cuba juga untuk berhadapan dengan ketakutan..lgik2 takut untuk menghadapi kenyataan..takut khabar yg diterima tidak seindah yg di jangka…
Cikgu Hairul says
yang tu kena tawakkal chii. terima seadanya.
nurmisnan says
Baru 2 hari lepas baca tentang TAKUT dari blog Dr. M
Hari ini baca sindrom TAKUT pula.. Sebenarnya perasaan
ini memang ada pd setiap manusia.. Bezanya keberanian
dan yakin itu memang payah ada pd semua..
mcm org tua kata TAK CUBA TAK TAU
Cikgu Hairul says
Kena didik jiwa supaya tak takut. Nak hilangkan rasa takut pada makhluk juga kena ada latihan.
titan says
takut pada yang Satu aje.
Cikgu Hairul says
Insyallah
afendi says
ketakutan esok menarik kegembiraan harini..
Cikgu Hairul says
Menarik juga ungkapan tu Afendi. Kalau dapat dihuraikan pun bagus juga. Kita kongsikan sama-sama.
suri says
takut ada tapi agak2lah tgok situsi.normal kalu ada perasan takut tapi kena bijak kawal huhu..
Cikgu Hairul says
Takut tak bertempat tu yg biasa kita tengok..
ciksembang says
insaf juga baca entri ni. Komen Afendi itu memang menarik
b3njy says
Benjy masa kecil dahulu cukup takut dengan cerita hantu penanggal 😀
pengemis says
sy mmg penakut…tp bleh tahan
Cikgu Hairul says
Takut ngan apa tu? heheh
kulanz says
kalau diikutkan memang banyak sangat ketakutan dalam diri kita ni.. kena pandai menilai jenis ketakutan tu.. kalau baik kekalkan saja.. kalau takut tu tak membawa sebarang faedah baik buang saja