Seronok sangat cuti-cuti Malaysia kali ni. Dalam perjalanan balik dari Gunung Jerai, secara sepontan terfikir nak singgah di Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai. Itu pun lepas terdengar lagu Cinta Pantai Merdeka. Kelakar pun ada, macam tak planning pulak nak ke Pantai Merdeka ni.
Kebetulan cuti masih berbaki dua hari. Layan je la hajat hati. Alang-alang dah sampai ke Utara, baik singgah. Kalau menunggu trip akan datang, entah tak tau bila pulak akan sampai.
Pantai Merdeka terletak di daerah Sungai Petani. Jaraknya adalah lebih kurang 1 jam perjalanan dari Gunung Jerai. Perjalanan lebih mudah ikut lebuhraya PLUS. Dari Gurun terus ke selatan dan ambik exit Sungai Petani Utara. Kemudian ikut jalan biasa ke Pekan Tikam Batu dan terus ke Pekan Kuala Muda sebelum sampai ke Pantai Merdeka. Jangan takut sesat, jalan cantik dan sign board lengkap. Mungkin akan keliru bila sampai jalan masuk ke Pantai Merdeka sebab jalannya agak kecik. Walaubagaimanapun signboard tetap ada.
Masa aku sampai cuaca sangat cerah. Pengunjung juga ramai. Tapi tak seramai macam hari cuti. Mungkin sebab Kedah bukan hari bercuti. Aku cuma jalan-jalan menikmati pemandangan. Nak mandi-manda macam tak ada selera. Lagipun baju dah habis. Sebenarnya kat sini kalau nak menginap memang ada chelet yang boleh disewa. Aku dah survey memang harga berpatutan.
Rasanya tak lengkap kalau ke Pantai Merdeka tapi tak ke Tanjung Dawai. Tanjung Dawai ialah sebuah perkampungan nelayan. Dari Pantai Merdeka, Tanjung Dawai boleh dieksess dengan menaiki bot. Perjalanan tak sampai pun 15 minit. Tambang yang dikenakan RM2 sehala seorang. Murah je.
Di Tanjung Dawai bukanlah satu tempat untuk berseronok-seronok. Lebih kepada tempat shopping. Oleh kerana ia sebuah perkampungan nelayan, barangan seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering, pekasam, belacan dan hasilan laut banyak dijual di sini. Bila memilih mulalah rambang mata. Macamlah kat KL tak ada jual benda-benda tu semua. Tapi dah sampai sini, beli je la apa-apa yang patut. Harganya jauh lebih murah. Paling aku suka ialah ikan terubuk masin. Harga kat sini cuma RM7 je seekor berbanding kat KL harganya mencecah RM14 seekor. Penjual tu kata dia buat sendiri. Sebab tu la dapat harga murah.
Dah puas shopping, tunggu bot untuk balik ke Pantai Merdeka pulak. Pengusaha bot memang ramai. Tak payah khuatir bot tak ada. Mereka sentiasa bersiap sedia membawa pelancong. Kalaupun mereka tak ada, naiklah teksi ikut jalan darat. Cuma lambat sikitla.
Percutian yang tak sengaja ni memang memenatkan. Tapi keseronokkan yang dialami menghilangkan kepenatan itu. Memang berbaloi percutian kali ini. Cuti yang ada dapat dimanafaatkan semaksimum mungkin. Puas dan terasa fresh lepas cuti. Jom bawak keluarga pegi cuti-cuti seluruh Malaysia.
anif says
Sesekali singgah di sesuatu tempat secara spontan pun menarik juga. Lari dari kebiasaan ๐
Cikgu Hairul says
Tak boleh amalkan selalu. Lari bajet.
nurmisnan says
Menarik juga yer pantai merdeka nih.. cantik dan bersih..
insyaAllah.. kalau ada masa terluang memang nak habiskan
cuti di Msia saja..
Cikgu Hairul says
Ada juga kekurangannya. Tandas macam tak terurus. Penuh dengan sampah sarap. Pantainya je yang ok.
Kat Malaysia ni memang banyak tempat menarik. Pilihan di tangan kita.
Achik Ezz says
Memang seronok jalan2 xsengaja.sbb kalo rancang pon xtentu juga jadi seperti yg dirancang..cuma percutian mcm ni perlu ada bajet.xbanyak pon xper tp perlu dibentang pada isteri dan anak2 supaya x over bajet.hehehe…
Cikgu Hairul says
Over bajet pun takpe. Wife punya pasal, turut je la. Hehheh
titan says
pehh..mana dapat pelampung hitam tu..
Cikgu Hairul says
Ada orang sewakan kat tepi pantai.
jomkongsi.info says
mcm best je, da lama xg vacation ๐
Cikgu Hairul says
Ambikla cuti. Sekali sekala badan kena rehat juga.
Achik Ezz says
Bukan sekali sekala dah ni cikgu…tapi,bagusss…explore ciptaan Allah tu pon kira satu ibadah juga sbb sambil bercuti kita puji Allah.spend time ngn famili pon ibadah juga…besar ganjarannya..(^_^)
Stokis RajaBio says
Patut Pak Long & kumpulan Tropika @ Jinbara tu dapat insentif daripada kerajaan negeri atau pihak berkuasa pelancongan sebab tolong promosi tempat-tempat pelancongan di Kedah. ๐
Cikgu Hairul says
Diorang dapat insentif ke? Baru saya tau. Macam tu la, orang berbudi mesti ada ganjarannya.
Stokis RajaBio says
Maksud saya, sepatutnya. Rasanya diorang takde dapat apa-apa insentif pun berkaitan pelancongan, kalau royalti lagu tu ada la. ๐
Sobri Mansor says
Seronoknya dapat pergi bercuti. Tinggalkan semua serabut dekat kepala otak pasal kerja. Tapi bila masuk balik opis, serabut balik…. hehehehe….
Itulah lumrah kehidupan