Wah bertuahnya pemandu teksi. PM dah umumkan bantuan tayar setahun sekali. Tukar tayar setahun sekali. Memang pemandu teksi patut kena bersyukur. Sebelum ni nak pegi PUSPAKOM je baru tukar tayar. Tu pun pinjam member punya. Hahahah.. Selamat penumpang kamoo.
Bila kerajaan dah bagi subsidi tayar, Jangan pulak nak bising-bising naikkan tambang teksi. Walau apa pun alasan kamoo untuk naikkan tambang, takde sapa boleh terima. Perangai atas jalan kena baiki. Kurangkan komplen dari orang ramai. Teksi oh teksi adalah antara luahan perasaan kepada pemandu teksi. Takmo la jadi macam ni lagi.
Eh! bukan setakat tayar la dia dapat. Insuran dan khairat kematian pun ada. PM peruntukkan sejuta untuk itu. Makin terbela la nasib kalian. Ucaplah syukur kepada Allah. Itu semua nikmat. Jangan jadi kufur nikmat.
Macam mana nak mohon?
Pegi kat pejabat JPJ. Ambik borang dan isi la. Selain dari JPJ, boleh juga ambik di Pejabat SPAD. Masa ambik borang jangan lupa senyum.
p/s: semakin dekat pilihan raya semakin banyak habuan diberi kepada rakyat. jangan sampai kita dicop sebagai bangsa berlemak sudah. bila semua nak disuap, naik lemak leee..
titan says
wahh..dapat bantuan tayar plak ye..
Cikgu Hairul says
rezeki diorang bro. Syukur dengan apa yg ada.
Denaihati says
besar juga subsidi ni, harap pengusaha teksi dapat manfaatkan sebaik-baiknya.
Cikgu Hairul says
memang besar. 4 tayar, separuh dari perbelanjaan maintanance tahunan kereta tu.
onlajer says
Tengah tunggu subsidi tayar dari boss aku
Cikgu Hairul says
Dapat subsidi juga ke bro? Tahniah..
Jebeng Otai™ says
kalo nk diikutkan pandai juga kerajaan..serampang dua mata utk majukan industri getah..x rugi juga..
Cikgu Hairul says
Kita masih jadi pengeluar getah lagi ke?
sweetkurma says
alhamdulillah, bertuah sungguh pemandu teksi, lepas ni jangan nak merungut rungut lagi yer wahai abang2 teksi…. 😀
Cikgu Hairul says
kalau merungut jugak, tarik balik tayar tu. 🙂
shraqs says
Aku rasa ini antara ide yg cukup bagus. Tayar keta bukan murah…
Cikgu Hairul says
bagus la jugak..
titan says
baguslah tu..harap mereka bahagia. 🙂
Cikgu Hairul says
bahagia dan membahagiakan orang lain. jangan naikkan harga.
suri says
mudah gini budget si teksi blh jimat heee
Cikgu Hairul says
syukurr
azydy says
rezeki diorang ..lepaih ni drebar bas pulak dapat tayar.. jangan takut.. mesti ada punyer hehehe
Cikgu Hairul says
Kalau bas persendirian mungkin juga. kebanyakkan bas company punya.
ohcikgu says
baru aje tukar tayar semalam..hehe
Cikgu Hairul says
Takpe, ambik je tayar yg diberi.
Dulu Lain Sekarang Lain says
kira untung gak tu.bukan murah harga tayar skrg ni
Cikgu Hairul says
tu yg kena banyak bersyukur. jangan asik nak menyalahkan orang lain di atas kegagalan sendiri mendapat pendapatan yg diidam.