Boleh dapat duit ke dengan buat blog?
Jawapan aku :
Kalau duit adalah matlamat kau untuk menulis blog, kau akan kecewa bila tak dapat apa-apa. Ada orang income ribu-ribu dengan menulis blog. Mesti korang pernah baca dalam suratkaba kan. Itulah buktinya buat blog pun boleh dapat duit. Aku? Aku menulis bukan kerana duit. Kalau dah ada yang nak bagi aku ambik je la. Sambil menyelam minum air. Tak dapat banyak, sikit pun kira ok.
Ada ke yang nak baca blog ngko?
Jawapan aku:
Mestilah ada. Kalau tak ada takkan ada komen-komen dari kawan-kawan blogger aku. Kalau kita menulis untuk orang baca, mesti ada yang nak baca. Tapi kalau engkau menulis dengan niat taknak orang baca, janganla buat blog.
Berapa kau habiskan untuk buat blog?
Jawapan aku:
Takde la banyak sangat. Tapi lebih RM500 la jugak. Themeplate je harga 25USD, domain dan hosting RM150, Plugin berbayar USD29, design header dan banner RM50, iklan lebih dari RM200. Korang kira la sendiri.
Tak membazir ke habis banyak tu?
Jawapan aku:
Membazir? Please laaa.. Kalau dah minat, semua tu bukan satu pembaziran kan. Cuba tengok orang yang minat memancing, sanggup habiskan beribu-ribu untuk hobi dia tu. Satu kepuasan bila dapat entertain diri sendiri. Tapi kalau dah tak minat, blog yang free tu pun dirasakan membazir.
Yes bro!!
itu tepat sekali!!
aku sokong kau sangat2!!
bila dah minat, sanggup menghabiskan duit.
mmg kita x tau siapa yang baca,
tapi kalau dah minat nak buat, buat juga.
i support you bro! keep it up!
Kalau aku, memang aku nak cari duit melalui blog-blog aku. alhamdulillah, berjaya setelah berusaha bagai nak gila. Niat dari awal tu penting. Kalau cakap nak buat duit, tapi usaha tak macam 1000 tahun atau tak macam esok nak mati..memang takkan dapat apa-apalah..sebab tu ramai blogger mengeluh tak dapat buat duit..
apapun, semuanya bergantung pada diri sendiri. Kita mahu atau tidakk..
Ada orang minat membaca; puas hati bila boleh membaca. Ada yang minat menulis; senang hati dapat menulis. Wang bukan segalanya. Sekurangnya RM500 untuk blog ni ada manfaatnya…
Bagus sangat kalau menulis blog boleh dapat duit. Tapi menulis blog ni lebih pada minat kut. Aku menulis blog mula dulu sebab nak letak manual troubleshoot untuk kawan-kawan. Lepas tu barulah kenal benda lain. Tapi kalau blogger yang rajin buat research, tulis isu semasa, bahasa molek (tak hentam orang ikut suka hati) memang boleh buat duit.
Nak jadi penulis yg dapat duit? Ramai blogger yg kekeringan idea skrg ni. Cuba contact mereka untuk dapatkan upah RM10 utk 1 artikel. Mesti lumayan.
tepat semua jawapan tu hehe cikgu lah kata kan
Jawapan betul..