Bismillahhirrahmanirrahim.
SOP sangat diperlukan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kesilapan ketika melakukan suatu kerja khasnya yang melibatkan perihal teknikal.
Dalam bidang IT, SOP digunakan untuk memastikan operasi rutin harian tidak pincang dan tidak pula menyalahi ISP (Information Security Policy). Hari-hari mesti rujuk SOP khasnya bila handover suatu tugas kepada rakan sekerja.
Dalam persekitaran kerja saya SOP juga digunakan untuk mengukur sejauh mana handalnya seorang engineer. Bila kami minta seorang engineer tu hasilkan suatu SOP kami nak tengok sejauh mana handalnya dia dalam kerjanya. Dan juga sejauh mana keikhlasannya untuk berkongsi pengetahuannya dengan orang lain.
Kalau nak menghasilkan suatu SOP untuk tujuan Monitoring Process pun perlukan 3 hari, kita tahulah masa temuduga dulu dia cuma sembang berdegar-degar. Pandai kelentong. Kalau nak guna Microsoft Word pun terkulat-kulat, jangan kata 3 hari, 3 bulan pun belum tentu siap.
Innalillahi wa inna ilayhi raaji’un..
SOP, memudahkan kerja bila pekerja baru menggantikan pekerja lama, juga perkerja lama dapat kredit / pahala kerana ikhlas berkongsi ilmu. ๐
Yup. Betul tu.
Bukan senang ok nak buat SOP..untuk buat sesuatu SOP tu pun ade SOPnya sendiri..peraturan bagaimana buat SOP, siapa yang harus menyemak dan mengesah, berapa kerap perlu buat revision, bagaimana nak distribute, blablabla never ending stories
Tips Atasi Kolesterol
Disitulah pengalaman memainkan peranan. SOP yang simple-simple seperti pemantauan (monitoring) dan jana (generate) report boleh serah kepada assistant engineer.
SOP yang operasi utama engineer kena buat sendiri. Kecekapan dlm mendokumentasi dan ketelitian menganalisis itulah kayu ukur seorang engineer itu layak berada di situ atau sebaliknya.
SOP sangat penting dalam mana-mana industri… setiap department memang kena sediakan… dari a sampai z proses dia.. baby step..
Betul tu….
tak suka seo terlalu rumit saya pernah buat document tpai bila dah siap teraa lega.bagus seo kalau ada membantu melicinkan kerjaya pejabat
Bukan seo la Pn Suri, tapi SOP.. ๐ ๐