Sudah bubarkah parlimen Malaysia? Aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Cari di gooogle pun tiada satu berita yang menceritakan pembubaran parlimen Malaysia. Tapi aku sangat pelik. Kempen politik semakin terasa. Diperingkat nasional, negeri malahan di peringkat setempat semua cerita politik. Seolah-olah pilihanraya minggu depan. TV dan radio semua kempen politik. Nak cari berita kejayaan negara cukup susah.
Semua kakitangan awam sebok berkempen. Menteri-menteri sebok berkempen di sekolah, universiti, kampung-kampung dan semua tempat. Mereka berkempen untuk parti politik mereka. Aik sesuatu yang menyalahi undang-undang kakitangan awam. Kakitangan awam mana boleh berkempen parti politik ikut suka. Menteri-menteri seolah-olah telah meletakkan jawatan sebagai kakitangan awam dan mulakan tugasan politik mereka.
Tak salah berkempen kalau kena gayanya. Program untuk parti jangan disekalikan dengan agenda kerajaan. Program kerajaan Malaysia tak boleh diselitkan dengan kempen politik. Itu satu penyalahgunaan kuasa yang nyata. Setiap sen yang kau terima dalam jawatan itu tidak sikit pun aku halalkan. Eh! Sapa aku nak tidak menghalalkan duit mereka? Mufti-mufti pun tak kata apa! Memandai je kau kata haram. Yesss! Haram sebab kau gunakan duit rakyat (aku) untuk kepentingan parti dan bukan untuk kepentingan kerajaan Malaysia. Sesen duit cukai kau gunakan untuk berkempen politik korang, akan aku tuntut kzt akhirat nanti. Tu pun kalau kau percaya alam akhiratlah.
Kata nak jadikan Malaysia sebuah negara demokrasi. Bila nak matang demokrasi Malaysia camni? Langsung tak adil. Parti memerintah pusat mahupun negeri yang ada kuasa menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk berkempen. Habis semua program tak kesahla kerajaan pusat atau kerajaan negeri diselit dengan kempen kepartian. Serius aku dah bosan. Terasa bengkak je hati ni..
Pacifista says
relaks bro.aku faham apa yang ko maksudkan ni.kat sini pun sama je :p
Cikgu Hairul says
Thanks bro memahami… Hehehe. Tersepit..
Juan says
setuju dengan apa yg ko coretkan
Cikgu Hairul says
Hehehe