Agak keras bunyinya. Tapi itulah yang terbaik buat masa ni bagi menjaga kemakmuran negara. Buat apa nak mengorbankan kemakmuran negara kerana satu sukan bawaan penjajah tu? Sudahlah kebaikkan yang dijana tak sebesar mana, keburukkan pulak yang lebih banyak terpaksa ditanggung, elok la diharamkan terus.
Tak kira pasukan negeri, pasukan sekolah, pasukan kampung, malahan pasukan dari luar negara berlawan pun kita yang kat sini bergaduh. Caci maki, bertumbuk sampai berdarah idung, patah riuk tulang belulang, kemusnahan harta benda, benci membenci antara manusia.. Apa nak jadi ntah? Kadan-kadang kita takde kena mengena pun dengan perlawanan tu, tapi kalau dah fanatik apa pun sanggup dibuat. Sebab bola, kita jadi huru hara.
Takde pulak mufti yang menjaga agama keluarkan fatwa bolasepak haram. Kalau ikutkan ciri-ciri sukan bolasepak itu sendiri dah banyak persamaan dengan konset k-pop. Aurat tak terjaga, pergaulan bebas, judi, gaduh, caci maki dan paling ketara unsur melupakan Allah.
B -Buat.
O -Orang.
L -Lupa.
A -Allah.
Bila lupa pada Allah, tu yang macam-macam dibuat. Fanatik sangat sampai tak kenal mana baik mana yang buruk. Tak pegi stadium pun, tapi kutuk orang bagai sama-sama cuci padang.
Lengkap dah ciri-ciri sukan bola sepak yang boleh buat dia jadi haram. Kalau masih ada yang nak tengok lagi tak tau la. Mungkin ini punca kehancuran umat.
Saya cadangkan bolasepak ni ditukar dengan sukan guliroket pun bagus jugak la. Ada la jugak pekdahnya kepada generasi akan datang. Sekurang-kurangnya guliroket tu sukan tempatan.
Fadhil says
Aku tak faham kenapa tahun ni peminat bola di Malasyia jadi fanatik tiba2. Kecewa pun ada.
Amran says
Mungkin nak menyambut kedatangan word cup kot..
fyna says
lain macam je kan bola sepak sekarang nih. baik kita main guli je. jom!! ^_^
Mak lagenda says
Pelik…dtg stadium yu niatnya nak tgk bola kan? so x bleh nk hadap kenapa nak smpi bergaduh2 bagai
Sokong la pasukan masing. Menang pun sokong, kalah pun sokong la..apsal nak bahankan pasukan lain pulak??
Isk..jahanam semangat kesukanan di malaysia nih
ahmadyani says
Hanya kerana bola sebiji kita lupa. Lupa Allah, lupa diri, lupa segalanya.
Lizz says
setuju setuju setuju. hahahahaha!!! bola sepak dah jadi fenomena dah tapi yang tak eloknya cara peminat kot yang terlampau fanatik
titan says
kekadang terlampau benar overnya.
tu yang gua tak gemar tu.
ya. Baik main guli roket. Lagi banyak faedahnya.
Amran says
aku cuba juga menyelami dan memahami perasaan orang2 yg taksub sangat tu. namun gagal! tu yg keluar artikel agak marah ni.
Najib Ariyan says
saay setuju… haramkan permainan di Malaysia dan haramkan penyaiaran dari luar negara… tapi pemerintah mungkin akan kehilangan undi yg banyak kalau tu dilakukan…sebab tu dibiarkan