Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Suka duka bersama P1

Suka duka bersama P1

19 September 2012 by Cikgu Hairul

Hampir tiga tahun saya menggunakan P1. Sepanjang menggunakannya banyak ragam dan kenangan bersama P1 telah saya lalui. Akhirnya kesabaran tidak dapat dipertahankan. Memendam perasaan selama 3 tahun membuktikan saya seorang yang setia. Kesetiaan itu akhirnya ternoda juga.

Bayangkan selama 3 tahun, signal terbaik dapat dicapai hanya dua bar. Siap bertukar modem lagi sebab technician P1 kata modem saya bermasalah. Itu tak termasuk dengan pelbagai troubleshoot bagi mendapatkan signal terbaik. Namun nasib belum menyebelahi. Bukan masalah kawasan rumah saya yang tiada signal terbaik, tetapi kedudukan rumah yang menyebabkan signal tidak sampai secukupnya. Pasrah je la.

Minggu lepas saya tekad dan bulatkan hati mendaftar unifi. Pakej paling murah untuk Home User RM149 percuma sebulan dan pemasangan. Agak berbaloi. Ia nampak mahal, tapi lebih mahal rawatan sakit jantung.

Pagi tadi kontraktor tm datang membuat pemasangan. Tiga orang separa lelaki datang di kediaman saya. Mereka gigih melaksanakan tugas. Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Akhirnya kelajuan ini saya perolehi.

Daftar UniFi

Antara pengalaman saya bersama P1 WiMax saya nukilkan dalam entri ini :

  • Aku dapat hadiah 
  • You have exceeded your monthly usage quota 
  • Ini Sahaja Kelajuan P1 WiMax 
  • Sebelum Dan Selepas 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hairul Azni says

    19 September 2012 at 20:18

    Saya pun guna P1..setakat ni servis mantap..cuma kadang2 quota exceed jugak sbb anak layan youtube..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 September 2012 at 11:02

      Bila kena dengan kawasannya memang servisnya mantap bro.

      Reply
      • Jebeng Otai™ says

        20 September 2012 at 12:09

        btul tu..sy pon hmpir2 nk amik p1..mmg berbeza perkhidmatan guna gelombang dan kabel..

        Reply
  2. anif says

    19 September 2012 at 20:57

    Berhijrah kepada yang lebih baik. Tahniah! Dah boleh layan IPTV! 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 September 2012 at 11:05

      Harap-harap macam tu la. Tak layan sangat TV. Cerita ntah apa2 ntah. Dalam percubaan menyesuaikan diri. Sampai masa nak unsubscribe Astro.

      Reply
  3. Dulu Lain Sekarang Lain says

    19 September 2012 at 21:08

    Wah, dah upgrade pegi high speed broadband. Tahniah! Kawe pon kena berhijrah sama lah nanti..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 September 2012 at 11:13

      Sama-sama kita merasai kelajuannya. Heheh

      Reply
  4. donnyien says

    19 September 2012 at 21:46

    pernah melanggan pakej yang paling murah sekali tapi tak laju terus terminate ehhehe

    Reply
  5. beckhr00y says

    19 September 2012 at 22:55

    dah masuk geng2 unify dah skrg

    Reply
  6. Leeza Dayasari says

    20 September 2012 at 00:04

    hoooo leeza masih menggunakan streamyx…. hihihi
    setia wlpn byk kali buat hal. haaaa

    Reply
  7. tehr says

    20 September 2012 at 13:23

    Memang laju bila guna kabel
    Selamat beronline dengan gembir

    Reply
  8. Ibu Mifzal Arsyad says

    20 September 2012 at 13:44

    wow..mantap ah speed downlod n uploap tu..kalau umah sy area servis nunifi mmg teringin jgk nak pasang..tp kawasan pedalaman..susah nak dptkan pilihan servis..huhu

    Reply
  9. Hafizul says

    20 September 2012 at 15:26

    wahhhh jeles sy cikgu..harapnya tempat sy pun cepat la smp unifi ni..terasa nak tengok youtube tanpa buffer ni..haha..semoga cikgu terus maju dengan blog dan diserikan lagi dengan unifi selaku peneman setia..hehe

    Reply
  10. Man says

    21 September 2012 at 09:13

    separa lelaki? bapuk ke? hehee

    Reply
  11. kimmie says

    21 September 2012 at 23:05

    macam – macam pengalaman dengan penyedia perkhidmatan ini. Perkhidmatan di negara kita belum 100% tiptop.

    Reply
  12. auc dot com says

    23 September 2012 at 20:05

    pakai unifi tu yg sebetulnya…
    auc masih setia 6 tahun dgn streamyx

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 September 2012 at 21:39

      Streamyx pun ok sekarang ni.

      Reply
  13. wazy says

    29 September 2012 at 02:23

    pakai unifi la syok,buat kerja onlien xde ganguan 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in