Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Sukarnya Mencari Busana Patuh Syariah

Sukarnya Mencari Busana Patuh Syariah

9 December 2011 by Cikgu Hairul

Macam-macam fesyen pakaian direka hari ini. Dari kepala sampai ke kaki sudah ada pereka terkenalnya. Masing-masing cuba menonjolkan kelainan. Pereka muslim pulak cuba mengetengahkan rekaan yang kononnya menepati syariah.

Tidak kurang juga dengan artis-artis yang memperkenalkan tudung jenamanya sendiri. Juga mengaku tudungnya bercirikan islam. Dari sudut mana yang dikatakan islam tu entahlah. Aku tengok pelik semacam je. Tak nak la kata jenama apa. Tengok sendiri dengan mata dan kepala. Akal yang waras pasti boleh menilai sesuatu pakaian itu layak diiktiraf sebagai Islamik atau tidak.

Mencari busana patuh syariah di pasar malam, pasaraya, butik-butik dan gedung-gedung membeli belah teramatlah susah. Umpama duduk di negara bukan Islam. Mencari pakaian lelaki patuh syariah tak susah, tapi untuk pakaian wanita masyallah, Allah je la yang tahu kesusahan ini.

Kenapa agaknya tiada kain yang agak tebal? Pegi la mana-mana kedai kain. Cuba tengok kain tu, terasa macam lutsinar pun ada. Kainnya jarang umpama jaring ikan. Macam mana nak dibuat baju. Malahan, kain untuk tudung juga teramatlah nipis. Bila dipakai sah-sah nampak isi. Tak kena la konsep menutup aurat. Benarlah sabda Rasulullah “diakhir zaman nanti kamu akan lihat manusia memakai baju tapi pada hakikatnya mereka telanjang”.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    17 December 2011 at 00:02

    cari kat sinar niaga aje..hehe 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 December 2011 at 09:43

      Yang online tak blh nak pilih cuba..

      Reply
  2. Miss Yati says

    29 December 2011 at 21:02

    Inilah masalah yang selalu yati hadapi masa nak pilih baju. Bila dah cukup labuh, alahai nipis pulak.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 December 2011 at 21:10

      Masalah jugak cam ni kan..

      Reply
  3. hafizmd says

    30 December 2011 at 16:34

    Stuju 100%

    Bukan setakat tu, baju utk anak2 juga sudah dimanupulasi. Singkat dan fesyen pelik. Sudahnya, beli baju yg saiznya lebih besar utk anak2.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 December 2011 at 20:05

      kita jadi mangsa fesyen..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in