Menanam kepercayaan sangat sukar. Kadang-kadang berpuluh tahun barulah orang percaya kepada kita. Bila sudah percaya, macam-macam perkara boleh dibuat. Sampai satu tahap kepercayaan boleh dijual beli. Kepercayaan juga boleh dimanipulasi.
Merogol kepercayaan istilah yang layak diberi kepada orang tak jujur. Tak kiralah apa sahaja bidang yang diceburi, kejujuran adalah kunci kepercayaan.
Sekali kepercayaan dirogol, sangat sukar nak dikembalikan. Ingatkan menanam kepercayaan itu susah, rupa-rupanya mengembalikan kepercayaan itu lagi susah.
Macam-macam kes pasal kepercayaan dah saya jumpa dan alami. Dalam dunia sebenar dan dunia maya sama sahaja.
Seorang blogger yang diberi kepercayaan menulis dalam blognya akan menghilangkan kepercayaan pembaca bila dia mula copypaste artikel orang lain.
Penyedia khidmat hosting akan kehilangan pelanggan bila support ticket tidak berjawab dalam masa yang ditetapkan.
Seorang pakwe hilang kepercayaan bila makwe mula tersalah hantar sms cinta.
Seorang suami hilang kepercayaan kepada isteri bila isteri balik kerja dengan lelaki lain walhal biasanya isteri balik dengan driver teksi.
Tiga daripada empat situasi itu telahpun saya alami. Bukan sebagai orang yang diberi kepercayaan, tetapi sebagai orang yang mempercayai.
Bila kepercayaan hilang, buatlah apa saja untuk mengembalikannya, sangat susah. Entahlah.. mungkin saya je yang rasa macam tu. Orang lain saya tak tahu isi hatinya. Mungkin dengan sedikit gula-gula, orang lain boleh pulih. Saya mungkin tidak.
Salam hurmat..
Ibarat terungkap kata peribahasa,
Harapkan pagar padi habis di makan…betulkan saya ya 🙂
manusia… berjuta kebaikan yang di buat satu kesalahan juga yg akan dilihatnya… 🙂
itulah namanya manusia.
betul. memang susah nak dpat balik kepercayaan tu.
Nak dapat balik susahlah, tapi kalau dibeli tu mungkin senang sikit.
Benar sekali. Jika hilang kepercayaan maka hilanglah sesuatu yang boleh dipegang daripada manusia.
Terima kasih nasihatnya.
Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang padi janji. Kalau kepercayaan diberi donodai sudah tidak bererti lagi.
Sama-sama.
bila dah percaya kemudian ada org rosakkan, pintu hati ni mmg sukar sekali melupakan. memaafkan hanya sesaat dpt dilakukan.. namun melupakan tidak mgkin sesaat…
Kalaulah otak kita ni macam hard disk kan seronok. Taknak ingat, kita format dan delete terus. Tapi tak mungkin kan?
Kepercayaan dengan keluarga paling sukar sekali. Kekadang kita percaya kat seorang ahli keluarga, kemudian dia ‘merogol’ kepercayaan itu, berkali-kali pula tu. Tetapi kerana dia ahli keluarga, biasanya aku sekadar melupakan… dan menerima sahaja aku tahu yang dia akan terus ‘merogol’. Orang kata terima hakikat.
Terima hakikat, bersabar.. mungkin itu lebih baik.
Harapkan pegar, pegar makan padi.. camtu kot yang saya tau.
memang susah nak dapat kepercayaan itu balik..