Namanya saja dah buat aku teruja. Macam best je nak makan kat sini. Gerai yang terletak di Bandar Tun Razak ini menyediakan pelbagai jenis masakan alakad. Makanan istemewa di gerai ini Sup GearBox. Pada aku ianya tak mengecewakan.
Destinasi pengembaraan mencari makan kali ini singgah sebentar untuk merasai kenikmatan sebenar sup oleh Pak Usop. Peniaga ini bermula dengan berniaga di Bazar Ramadhan. Terkenal dengan panggilan Usop Daging, gerai sup gear boxnya mendapat sambutan yang hangat dari pelanggannya.
Gerai yang dibuka seawal jam 4 petang sehingga jam 2 pagi itu bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk tempatan, malahan pelanggan dari Seremban dan Ipoh juga tidak ketinggalan. Gerai ini dibuka setiap hari kecuali Ahad. Menceritakan kenapa beliau menggunakan nama Sup GearBox Cindai ialah kerana mengambil sempena nama lagu kegemarannya yang dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza.
Aku cuba mengorek sedikit rahsia resepinya. Katanya tiada resepi istemewa dalam masakannya. ‘Cuma dalam industri makanan, keikhlasan itu perlu. Jangan dengki-dengki dan selalulah bersedekah’.
Aku jadi pelanggan setia sejak Ramadhan dua tahun lepas. Sehingga kini sup gearbox tidak mengecewakan aku.
Salam cikgu, kalau ada masa datanglah ke gerai kuih saya
macam-macam ada
klik Gerai Karipap Panas
Selamat mencuba
Insyallah.. Gerai kat mana tu paktam?
kat wangsa melawati peta ada kat karipappanas.blogspot.com
Ooo.. kat simpang jalan nak ke carefour wangsa maju tu kan? rasanya dah pernah beli kuih kat situ. macam-macam ada. dengan banner besar tu insyallah perniagaan akan bertambah maju dan orang akan kenal pak tam.
perghh…memang tak ingat makan sup gearbox ni.aku kena jaga2 makan ni.tak boleh selalu :p
Ada darah tinggi ke bro? Hehehe. Makan sebulan sekali ok la.mkalau seminggu sekali oun berat gak..
erkk..lapar. lapar…
Jom try..
Kalau bawak Jibril, kena bawa baju spare. Dengan sup, mahu dia mandi terus dengan sup tu nanti.
Kena tapau ler… Boleh makan dgn tak pakai baju.
lokasi bro. bagi panduan untuk ke kedai tu
lokasi sebenar di sebelah tapak pasar malam hari khamis Bandar Tun Razak. Sebelah kedai cuci kereta di Rukun Tetangga tu.
waaaa..sedap nampaknya…
Bole la..
Di Pulau Pinang juga ada Sup gear Box tetapi kawasan sini tidak dijual seketul atau batang kerana orang rasa mahal so kebanyakan peniaga di sini menjual dengan harga RM5 semangkuk setelah di potong…murahkan?
Memang murah.. Kat kl semangkuk rm13
ap sejarah sup gearbox?,,
sup nie b’asl dary mnew?
Hehehe.. entahla idayu. Takde pulak saya tanya mana asal sup gearbox tu.
first time dengar nama sup gearbox… 🙂
Memula saya rasa cam kurang bersetuju ngan pendapat awak nie….
tapi setelah pikir dalam2… ya awak memang betul … idea
yg menarik…