Bismillahirrahmanirrahim.
Bukan perkara aneh bila CEO Apple tulis surat terbuka di website mereka. Dari zaman Steve Jobs lagi. Biasanya ia ditulis berkaitan memohon maaf dan kawalan kontroversi. Tapi surat terbuka tu juga ialah kontroversi sebenarnya.
Baru-baru ni Tim Cook menulis tentang keengganan Apple mengurangkan perlindungan keselamatan iPhone seperti yg diminta oleh FBI dan Kerajaan US. Walau bagaimanapun, FBI cuma minta akses kepada RamDisk tetapi Tim Cook menulisnya sebagai Backdoor yg bolehlah dikira tersasar dari definisi sebenar. Apapun, isi kandungan suratnya ialah Apple tak mahu menuruti kehendak FBI dan Kerajaan US. Persoalannya, perlukah surat ni ditulis?
1. Berikutan beberapa kes godam Dec 2015, Apple telah beri kerjasama kepada FBI utk merungkai misterinya. Dan itu, umum telah maklum. Itu juga mengoyak keyakinan pengguna iPhone terhadap kenyataan Apple bahawa mereka sendiri tidak mempunyai akses ke atas iPhone keluaran mereka yg telah berada di tangan pengguna.
2. Jika Tim Cook tidak menulis surat ini, Apple akan disyaki memantau privasi pengguna iPhone, yang mana ia langsung tak boleh diterima. Apple perlu bertindak lebih awal menangkis tanggapan dan spekulasi ini.
3. Jika keyakinan pengguna iPhone tergugat, Apple akan kehilangan market pengguna yang besar, khasnya dari China dan Asia. Apple mungkin masih boleh bertahan, tapi Apple perlu buat kerja lebih bila negara-negara Asia menetapkan syarat tambahan sebelum iPhone dapat dijual di negara mereka. Ia adalah perkara yg hampir serupa dgn nasib Blackberry di Arab Saudi suatu ketika dulu.
4. Tindakan ini mungkin akan menyebabkan Kerajaan US mengganggu pasaran iPhone di US, tapi Apple lebih perlu melindungi pasaran iPhone di Asia yg lebih mendatangkan keuntungan.
5. Dengan adanya surat ini, Apple bolehlah bekerjasama dgn FBI secara diam-diam tanpa menjejaskan pasaran iPhone. Mudahnya, kita cuma perlu lihat nasib Apple di US. Jika Kerajaan US tidak mengambil tindakan ke atas Apple, berkemungkinan besar Apple masih beri kerjasama kepada FBI secara rahsia.
6. Untuk menilai samada maksud surat Tim Cook itu telus atau tidak, tunggu saja apa tindakan US ke atas Apple. Dari situ dapatlah kita nilai sendiri samada keselamatan privasi iPhone masih boleh dipercayai atau sebaliknya.
Inspirasi Huda says
Masalah yang dihadapi Apple hampir menyamai apa yang dihadapi Blackberry suatu ketika dulu. Surat terbuka Apple mungkin sedikit sebanyak dapat membaiki reputasi mereka khususnya di rantau asia.
Raihanah Ahmad says
pandai juga cook buat dek dengan fbi dia tu
Oyong Ilham says
Slam kenal bg amar. Saya dr indonesia. Mampir k blog saya donk bg.
permohonan upu says
tak pernah tahu pula zaman steve job dulu pun ada main tulis surat terbuka macam ni.
Amar says
Zaman Steve dulu biasa surat terbuka camni, mohon maaf untuk beberapa produk yang bermasalah, jawapan penyingkiran jurutera. Dan termasuklah program recall beberapa produk, pepijat dalam iOS.