Ramai blogger menulis dengan tajuk entri yang sama. Lebih-lebih lagi kalau ada sesuatu event. Kununnya nak mencuri trafik dari event yang famous. Contohnya macam movie yang baru keluar, bola sepak, isu semasa dan macam-macam lagi.
Adakah tajuk entri yang sama membolehkan kita marah dengan blogger lain?
Sebenarnya kita mempunyai kekurangan perkataan. Cuba cari dalam kamus, ada berapa perkataan yang tertulis. Bahasa itu mempunyai had. Perhatikan dalam setiap entri yang dibuat. Berapa perkataan yang berulang. Kenapa tak guna perkataan lain. Adakah kita tidak cukup kosa kata?
Kalau ada yang menulis tajuk sama dengan kita, tak usah la melalak-lalak.
Setiap manusia mempunyai pandangan berbeza. Saya suka mengandaikan manusia ni melihat pada sebuah kotak. Tak payah banyak segi, cukuplah kotak yang empat segi. Kotak 4 segi ada 6 permukaan. Semua permukaan tu lain-lain kan. Macam tu la manusia akan melihat dari sudut pandangannya sendiri. Mereka akan menceritakan sesuatu dari pandangannya sendiri.
Satu perkara boleh jadi macam-macam cerita. Kita tak berhak nak marah. Dalam hal ni tiada siapa pun yang akan betul dan akan salah. Semua cerita tu boleh diterima.
Perkara yang patut kita marah adalah tajuk dan entri yang sama sebab kena plagiat. Benda ni tak boleh kompromi. Kalau jumpa kasi bako je blog itu. Kalau ada rasa takut nak membakar, mintalah si empunya blog mengeluarkan entri yang diplagiatnya tu.
Kita sama-sama blogger. Menulis untuk keabadian. Bukan untuk pertengkaran.
Zil-el-Saif @ The Encik Saif says
Kata orang tua-tua:
Kalau tiada rotan, pelempang pun berguna…
Ayabizz says
betul tu, tak perlulah nak gaduh sebab macam ni..setiap orang ada hak masing-masing, kita berblogging untuk hepi2, cari kenalan, cari income dan bukannya nak cari gaduh..kan?
noriz says
kite kan 1Malaysia, tak nak la marah2.. gaduh2, huhuu
afzal laidin says
owh, ada org marah ke? tak baik lah gaduh-gaduh.
p/s: tajuk blog yg rasanya antara ramai yg guna: wordless wednesday 😛
Milo Ais© says
marah ker?alah biasalah…nati ok la tu..mrh pun kejap jer…berwuduklah ketika marah…
ros says
yea mestilah semua tajuk sama.. benda hangat.. abis tu orang pun na hangat kenapa? nak menang dalam sama entri, teknik penulisan yang penting.. itu aje
magnetic jewelry clasps
Cikgu Hairul says
kan elok kalau buat situasi menang-menang.
ros says
asal nak marah kan.. ia bergantung pada penulisan blogger itu sendiri
Mr Rileks says
xde pun dlm undang2 blogger xleh sama tajuk… ade gak org mcm tu ye ckgu? huhuhu…
Cikgu Hairul says
Tu la dia manusia kan.. susah aku nak faham.
Decader says
Tajuk memang sama tp isi, kupasan, pandangan lain2.
Bagi yang cedok bulat2, tolong la letak sumber.
Cikgu Hairul says
Kadang-kadang sumber taknak letak. Siap mengaku tulisan dia lagi..