Serangan tikus semakin menggila. Tikus sebesar kucing boleh dilihat merata-rata. Pasar Keramat, itulah tempatnya. Terasa loya tekak bila mula nak menjamah makanan yang dibeli di sekitarnya.
Dendam manusia ni kadang-kadang melampau. Memanglah tikus binatang yang kotor dan bawa penyakit. Tapi, apa hak kita untuk menyeksanya.
Saya selalu nampak tikus yang masuk perangkap diseksa. Macam-macam bentuk seksaan. Ada yang jemur tikus tu tengah panas, ada juga yang siram dengan air panas dan ada juga yang rendam tikus tu dalam air.
Memang kejam dan zalim. Mana sifat kemanusiaan kita? Tak bolehkah terus bunuh je tikus tu? Kalaupun tikus tu jahat, tapi dia pun makhluk juga.
Kita kan diajar hormat sesama makhluk. Kalau nak sembelih ayam pun kena guna pisau yang tajam supaya ayam tu cepat mati. Takdelah dia terseksa macam tikus tu.
Kejam dan tak berhati perut! Itu je yang mampu diungkapkan. Kalau korang dapat tangkap tikus, apa cara paling terhormat untuk membunuhnya?
Memang sepatutnya perlu dielakkan daripada menyeksa binatang..atas apa juga alasannya.
Kalaupun dia jahat dan patut dibunuh, seksa memag sama sekali ramai yang tak bersetuju..
setakat ni belum pernah lagi bunuh tikus.. biasanya kucing aku yang tolong setel kan 🙂
Hehehe.. kucing kat sini pun dah takut. Sama besar dengan tikus.
mmg x leh menyeksa haiwan walaupun anjing @ khinzir skalipun..
ttp dlm kes tikus ni kene bunuh utk mengelakkan penyakit..byk penyakit dibawa oleh tikus spt hawar..kencing tikus dn sbgainya yg boleh bawa kematian..
Bunuh memang takde masalah. Yang bermasalah ialah seksa dia sampai mati.
ssh jgak nk decide cara mana yg terbaik sbb melibatkan kos kalo guna suntikan racun atau racun tikus..
mungkin dgn memukul guna belantan cara terbaik..
Masalah tikus kat kawasan rumah aku ni selalunya diselesaikan oleh kucing
Cikgu, kucing kat sini semua penakut. Nampak tikus dia lari. Tikus pun dah sebesar anak kucing.. Hehehe
ada yang menganggap menyiksa haiwan satu keseronokan … entah apa yang seronok sangat tu ? …. manusia memang sukar diramal … 🙁
Owh ada yang berperangai camtu ke bro?
skang nie klu dapat tangkap tikus, aku cuba skali hentak je bagi terus k.o.
dulu kecik-kecik, slalu aku tgk orang rendam tikus ngan snagkar tu dalam air.
Itulah sebaiknya.. Saya lebih suka jenis perangkap yang boleh bunuh terus tikus tu.
dulu ada yang style besi yg kepit tikus tu. tapi tu pun rasanya tak buat tikus terus masti. lagi terseksa ada la kot