Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Tak Faham Bahasa

Tak Faham Bahasa

16 December 2010 by Cikgu Hairul

Sign Board ni dah terang dan nyata. Tapi masih ada lagi insan sempurna menggunakannya. Saya kurang pasti mereka ni tak faham bahasa melayu / inggeris atau mereka sengaja membutakan mata.

Agaknya bila dibaca 2 bahasa tersebut berbeza makna maka bolehla dilanggar arahannya. Bezanya juga tidaklah banyak. Tidaklah sampai mencacatkan pemahaman kepada arahan sign board ini.

Begitulah kita rakyat Malaysia. Kadang-kadang sign board langsung tak dihiraukan arahannya. Sampaikan tandas dah ditutup pun masih nak masuk membuang hajat. Nah hasilnya bertaburlah najis atas lantai. Dah tentula tandas ditutup bersebab. Mungkin rosak atau tiada air. Maka terimalah nasib bagi mereka yang tak suka ikut arahan papan tanda.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Ami Mulyadi says

    31 January 2017 at 23:37

    Terkadang orang melakukan itu bukan tak faham, tapi tak hendak payah mencari tempat lain, yang mudah sahaja inginnya manusia tuh…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in