Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Takut Lebih Pandai Dari Bos

Takut Lebih Pandai Dari Bos

26 January 2017 by admin

You tak takut ke orang yang you ajar tu lebih pandai dan akhirnya meninggalkan syarikat untuk bekerja di tempat lain?

Itu antara soalan favourate kepada mana-mana bos. Hantar training salah, tak hantar pun salah.

Ada jugak sesetengah orang atasan takut staff dia jadi lebih pandai dari dia sebab takut dia rampas jawatan. Maka, duduklah staff tu di bawah dia sampai pencen. Asalkan tak kacau bos sudah. Macam tu la agaknya dia fikir.

Bagi seorang trainer pulak, kadang-kadang soalan tu juga jadi soalan killer.Dalam dok mengajar orang lain buat duit, mengajar ilmu pemasaran, mengajar cara buat jualan, memotivasikan orang lain, ada suara-suara di belakang, tak takut ke orang lain lebih pandai, lalu menjadi pesaing kita.

Sebagai seorang pendidik, sebenarnya sifat macam tu sudah tak wujud. Selagi masih ada dalam diri sifat macam tu, tak layak menjadi pendidik. Agak keras conclusionnya. Tapi itulah hakikatnya.

Tak kira kita bos, cikgu, mak bapak atau sesiapa sahaja yang duduk dalam dunia pendidikan- pernah mengajar walau hanya satu huruf, kita tak perlu takut orang lain menjadi lebih pandai.

Ada satu perkara saya nak pesan kalau timbul juga perasaan takut orang lain lebih pandai dari kita. Mahukah kita lihat, bekerja, bergaul dan bersama dengan orang yang bodoh?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    27 January 2017 at 10:32

    Percaya rezeki telah ditulis. Bahagian setiap dari kita telah ditulis. Tiada apa yg nak dihalobakan.

    Reply
  2. Ira says

    30 January 2017 at 10:32

    tak patut kot ada perasaan macam tu sebab ilmu yang dikongsi takkan luak walau sedikit pun malah makin bertambah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in