Awal cuti sekolah agak sibuk dengan segala macam urusan yang tak selesai. Setelah selesai semuanya, mulalah melangkah mencari destinasi release tension. Ingat nak balik kampung, tapi mak dengan adik-adik dari kampung bertandang ke rumah. Mak kata rindu kat anaknya..
Masa mak bercuti sangat terhad. Sempat sehari je di KL. Sehari itu harus dimanafaatkan sebaiknya. Saya bawak keluarga ke Taman Botani Putrajaya. Berpandukan GPS (N02 56.730′ E101 41.694′) kami redah jalan yang basah. Hujan sepanjang hari tidak menghalang perjalanan kami.
Rasa pelik juga, orang kampung melawat tempat macam ni. Hampir semua pokok yang ada di sini semuanya ada di kampung. Tak ada apa yang teruja. Sesetengah tumbuhan tu, dianggap semak samun bila ada di kebun. Tapi semuanya jadi indah dan cantik bila dijaga rapi.
Suasana macam ni adalah keindahan di kota batu. Lantas dalam hati berkata-kata, cantik di sini bukan bermakna cantik di tempat orang. Apa yang kita anggap tidak berguna untuk kita, mungkin ia berguna untuk orang lain. Hargailah apa yang ada!
Taman Botani Putrajaya destinasi santai. Sesuai untuk orang kota yang tiada masa balik kampung. Kehijauan di taman ini akan melegakan keserabutan otak. Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Cuma kalau petang-petang tu nak jogging boleh la. Hujung minggu kawasan ni dah penuh dengan majlis kahwin. Rasa tak selesa nak tenangkan otak kecuali kita jenis orang yang tak kesah dengan ragam orang.
sesekali cuti, dapat pula bersantai bersama keluarga memang membahagiakan
mmg sesuai utk berpicnic 🙂
dah lama tak pergi taman botani ni walaupun sendiri duduk Putrajaya hehe…dulu saya kerja kat restoran D’Fisherman itu…skang tak tau ler masih still ada lagi kot restoran D’Fisherman…
memang biasa macam tu. yang dekat-dekat kita jarang sampai. tapi yang jauh selalu je sampai.
mungkin suatu hari leh pergi sini..
pegilah buat lawatan. kalau tak tau jalan, saya dah sediakan koordinat GPS taman botani tu.
apsal semua muka macam tak gembira aje..
masing-masing kepenatan. sampai kl dari kampung dah pukul 0300. mana tak penatnya.
uwaaa seronoknya melihat kalian ….
nak join tak? jom jom jom..
oh yeah.. mmg skrg musim org kawin. rindu pada nenek saya… datuk saya … seronok rasanya dpt berbual dgn org tua2. kerana cerita mrk menarik perhatian saya.
selamat bercuti..
semoga dapat merehatkan diri
yeah. thanks. bercuti kadang-kadang memenatkan juga.
memang aman kat sana ek..
masa tak ada majlis kahwin memang aman. macam kita melawat kebun. hijau, tenang dan segar…
Belum pernah datang sini..InsyaAllah bila tersesat ke Putrajaya saya akan singgah..
lepas ni mungkin tak perlu tersesat untuk ke sana. guna je gps..
lohai….dekat benor…saya kat CJ jer.. apa aktiviti menarik lagi kat sana? kena bayar x?
Wah…syoknya jln2….awat sikit sgt pic…isi la byk sikit abg am…k.wa mana?
Hehehe.. Dia jadi jurugambar.