Bertambah, bertambah, bertambah.. Alhamdulilah di atas pertambahan rezeki yang Engkau kurniakan ya Allah. Setiap hari apabila bangun dari tidur aku mengucap kesyukuran yang panjang. Bersyukur kerana diberi peluang untuk bernafas dan bertaubat kepadaNya.
Semalam tertengok berita seorang pemimpin yang famous dengan cadangan-cadangan penambah baik kesihatan rakyat tampil dengan kenyataan yang sangat lucu. Kenyataan yang membawa kepada arahan Cikgu kena rekodkan BMI murid dalam buku rekod. Wahaa bertambah, bertambah, bertambah lagi tugas guru. Tak cukupkah bebanan yang diberikan sebelum ini? Tugas yang lama pun tak selesai. Dulu cerita baya berturban ni menggesa cikgu ajar subjek keselamatan jalan raya. Sekarang dia pulak suruh buat kerja nurse. Banyaknye menda nak kena buat. Wehh banyak tau benda cikgu kena ajar.
Terima kasih di atas keperihatinan Dato dalam memastikan obesiti di sekolah dapat diatasi. Sebenarnya bukan nasi lemak je yang menjadi sumber obesiti. Banyak lagi makanan kat kantin sekolah menjadi sumber obesiti. Kalau mengikut logik akal yang waras, tak gemuk la makan nasik lemak sebungkus kat sekolah. Memandangkan aktiviti sekolah yang padat, murid-murid ni perlukan tenaga yang banyak. Tak der masalah la kalau makan banyak kat sekolah.
Apa yang penting adalah kawalan pemakanan di rumah. Kalau mak bapak gaya makannya macam naga, tak mustahil anak juga bersifat sama. Hari-hari makan pizza, McD, KFC, Ayam Nara, Nasi Minyak.. Macam mana tak obesiti. Jadinya kenalah tahu 4 perkara untuk sehat.
Bersyukur dan jalankan tugas je la. Kan saya yang menurut perintah. Kalau taknak buat semua tugasan-tugasan yang diberikan kepada cikgu, baik fikirkan satu tugasan lain. Bersedia berhenti menjadi guru.
cik feesya says
cikgu hairul perlu lagi ker nak rekodkan BMI pelajar? Data SEGAK yang buat setiap penggal (dua fasa) tak cukup lagi ker nak pantau? Dalam SEGAK tu semua ada.. nak BMI atau kecergasan pelajar pun boleh tau. Bukan nak menolak keje tapi fikir kewajaran tugas yang diberi..rasanya keje ni buat dua kali.. 🙂 A’ah lupa! Aku yang mnurut perintah ya tak? So..turutlah perintah seadanya 🙂
Cikgu Hairul says
Heheh.. Kita yg menurut perintah ni yang rasa tak tertanggung. Padahal dah ada data tu kan. Saja je bikin panas mereka tuh.
Achik Ezz says
Diorang ni pekak dan buta.Bagi pendapat yang konon2nya nak bagi nampak yang dia tu seorang yg prihatin la tu…pooorrrraaahhh…padahal ianya hanya menampakkan kebodohan dan ketulian diorang jer.data yang sama tapi nak repeat 2 3 kali…xde koroje..mengong…
Cikgu Hairul says
Eheheh.. tak la.. untuk kebaikkan apa. Hehehe. Ada masyuk la tu.