Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Tamparan untuk kita sempena Hari Pekerja

Tamparan untuk kita sempena Hari Pekerja

1 May 2013 by Cikgu Hairul

Kedai Tutup Tak Hari PekerjaHari ini 1 May. Sepatutnya semua orang tahu yang hari ini adalah hari bertuah buat kita. Hari yang meraikan kita sebagai pekerja. Tidak kiralah kerja sendiri ke, kerja makan gaji ke atau buat-buat kerja. Kita sebagai pekerja punya hak yang perlu diselesaikan. Tak kiralah samada kita baru masuk kerja atau dah nak pencen.

Adakah kita benar-benar diraikan? Setakat diberi cuti, sudah cukupkah? Berarak dan berhimpun sambil dengar propaganda kerajaan adakah itu namanya meraikan pekerja? Semak semula semua aktiviti kita dihari pekerja. Apa yang kita harapkan dari keraian ini? Adakah ia menyeronokkan atau cuma memenatkan? Cek diri, cek aktiviti..

Bila difikirkan dalam-dalam, untuk apa hari pekerja diraikan? Macam tak ada kan.. Yelah kita sibuk bercuti, buruh binaan, pekerja LRT, Pekerja McD adakah mereka dicutikan? Mereka masih bekerja. Cuti pada hari ini macam tiada makna buat mereka. Bos besar duduk rumah goyang kaki, pekerja bawahan diperah macam hamba abdi.

Kalaulah benar 1 May diperuntukkan untuk meraikan pekerja, cuti yang diberikan itu sepatutnya cuti yang benar-benar cuti. Tiada satu pun pekerjaan dilakukan pada hari ini. Semua pekerja akan bercuti dan memperuntukkan masa cuti untuk diri sendiri. Tapi mana mungkin.

Berbalik kepada hasil termenung lama memikirkan situasi ini. Untuk siapa Hari Pekerja ini diwujudkan? Cuba tampar-tampar sikit muka tu. Goncang-goncang sikit otak tu. Untuk apa Hari Pekerja ini diraikan? No purpose.. so for waht?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. TehR says

    1 May 2013 at 00:50

    selamat bercuti untuk semua
    [walau pun aku tahu ada yang masih perlu bekerja di hari cuti]

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2013 at 07:39

      Selamat bercuti untuk cikgu tehr juga. Selamat berkempen cikgu. Hari bekerja pun jentera parti kena kerja kuat untuk memastikan kemenangan. Hahahaha

      Reply
  2. Hazmin Hamudin says

    1 May 2013 at 11:37

    Selamat becuti. Kalau semua bercuti alamatnya tak berjalan la ekonomi negara nanti. hehe.

    Reply
  3. MindaKini says

    1 May 2013 at 11:47

    Selamat bercuti.. boleh rehat sepuasnya.. 🙂

    Reply
  4. hafiz says

    1 May 2013 at 13:01

    dapat juga berehat sebentar selepas bz dgn spr

    Reply
  5. Amar says

    1 May 2013 at 14:04

    Hari Pekerja ialah cuti untuk pekerja sektor kerajaan dan mana-mana sektor yang terlibat secara langsung dengan sektor kerajaan. Walau bagaimanapun, ada sektor yang kena tanggung load dari cuti tu. Biasanya sektor perkhidmatan dan sektor private yang akan tanggung load tu.

    Sektor private seperti McD, KFC dan yang sewaktu dengannya pun boleh cuti kalau mahu, tapi rugilah kompeni kalau cuti sebab peluang untung meningkat pada waktu cuti. Sama juga dengan sektor pengankutan dan pelancongan.

    Sektor perkhidmatan seperti komunikasi, tenaga dan bahan api, keselamatan dan kecemasan, memang tak ada cuti. Cuma boleh atur jadual bertugas sajalah. Hukum alam…

    Reply
  6. anip says

    1 May 2013 at 20:31

    mungkin sekadar untuk menambah bilangan hari cuti kot

    Reply
  7. hanafi abdullah says

    2 May 2013 at 01:24

    bayangkan kalau semua orang tak kerja dalam 1 hari..huru hara jadinya termasuk suri rumah tak nak masak.Restoren tutup.Stesen minyak pun tutup…

    Reply
  8. titan says

    2 May 2013 at 19:11

    hari cuti. wajarlah kita bercuti. haha..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in