Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Tanda-Tanda Kita Sedang Berada di Zon Selesa

Tanda-Tanda Kita Sedang Berada di Zon Selesa

5 April 2012 by Cikgu Hairul

zon selesaSebagai pekerja duduk lama dalam satu-satu jawatan memanglah membosankan. Itu sayalah… Tapi tak semua orang macam tu. Ada yang boleh bertahan berpuluh tahun di tempat yang sama, jawatan sama dan kerja yang sama. Tabik spring untuk mereka.

Kalau duduk lama dan dapat jadi specialist takpe juga. Sambil makan kuaci pun boleh selesaikan masalah. Lagi hebat dengar cerita pun dah tau apa masalah dan tau cara nak selesaikan.

Tapi awas kalau berlaku sebaliknya. Kita masih di situ, jawatan itu, buat kerja itu dan tak meningkat pun kemahiran dan pengalaman kita. Bila bos suruh buat kerja yang lain dari kebiasaan puluhan tahun punya kerja kita dah bising, itu kena jaga-jaga.

Tanda yang paling ketara ialah kita takut melakukan tugasan di bahagian lain. Bertugas di tempat lain maknanya akan melalui suasana kerja lain, kawan-kawan lain, kerja lain dan semua yang berbeza dari sebelumnya.

Ada juga yang merasakan tak perlu menghadiri kursus peningkatan diri. Bila bos suruh hadiri kursus, cepat je menolak dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal langsung. Ini juga satu tanda kita sudah merasa selesa dengan suasana kerja sekarang.

Sebenarnya sangat bahaya kalau kita sudah berada di dalam zon selesa. Kecenderungan untuk naik lemak itu tinggi dalam zon ini. Kita kena lebih berhati-hati jangan sampai keluar satu surat peringatan untuk kita membuat pilihan samada berhenti kerja atau diberhentikan.

Cuba fikir dan renungkan sejenak. Seminit cukuplah untuk kita berfikir bagi mengenalpasti tanda-tanda yang ada dalam diri. Adakah kita berada dalam zon selesa?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. b3njy says

    5 April 2012 at 13:03

    Zon selesa ? … nampaknya MU kini boleh tersenyum berada di Zon selesa EPL apabila pencabarnta Man City keciciran mata minggu lepas. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 April 2012 at 19:44

      Yang itu saya tak dapat nak komen la bro.. Hehehe.. Bola kan bulat..

      Reply
  2. b3njy says

    5 April 2012 at 13:04

    Dalam hal kerja … Benjy berada di zon antara selesa dengan zon tidak selesa … kira oklah tu kan ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 April 2012 at 19:44

      In the middle.. Itu yang terbaik. Maknanya kita sentiasa ingat dan bersedia untuk berubah. Tapi kalau jatuh di zon yang tak selesa, kena buat perubahan cepat.

      Reply
      • b3njy says

        8 April 2012 at 00:16

        Betul tu cikgu … tak pasal2 dapat surat warning letter … hehehehe ๐Ÿ˜€

        Reply
  3. Denaihati says

    5 April 2012 at 13:28

    untuk berjaya kena keluar dari zon selesa ni. berada disitu memang xberkembang dan mungkin tepu.

    Reply
    • hafizmd says

      5 April 2012 at 16:55

      Setuju dgn DH. Kena keluar dari zon selesa.

      Akupun makin serius utk keluar dari zon yg sederhana selesanya ini.

      Thanks cikgu beri suntikan semangat =)

      Reply
      • Cikgu Hairul says

        5 April 2012 at 19:40

        Ingat mengingati sesama manusia. Kadang2 kita juga terlupa.

        Reply
  4. Achik Ezz says

    5 April 2012 at 20:25

    Tanda lain:-
    sudah pandai mengelat dari tugasan yang diberi,
    dah tak menepati masa,
    ambil mudah terhadap teguran yang diberi,
    buat kerja sambil lewa….
    sebab dia yakin dia kebal dari apa2 tindakan pihak atasan…malas juga nak cari alternatif lain untuk meningkatkan mutu kerja.
    huh….membazir je bayar gaji untuk orang yang macam ni.produktiviti slow tapi bab nak perabehkan aset company dialah juara….

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      6 April 2012 at 08:52

      Thanks my dear..

      Reply
  5. tehr says

    5 April 2012 at 21:07

    Aku salah seorang dalam zon selesa
    Hehe
    Tapi aku masih juga belajar untuk tambah kemahiran dan pengetahuan
    Insya-allah

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      6 April 2012 at 08:53

      Itulah yang sebaiknya..sanggup belajar dan mengajar.. Dua-dua mempunyai keberkatan.

      Reply
  6. azmanisma says

    6 April 2012 at 17:00

    Zon saya berkerja penuh dgn cabaran,so saya tak berada selesa sgt,tapi gaji saya selesa lah he3..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      6 April 2012 at 17:28

      Gaji dah selesa tu alhamdulillah.. Kalau sentiasa beringat dan mahu meningkatkan prestasi diri itu dah baik sangat dah..

      Reply
  7. rahman says

    8 April 2012 at 17:18

    terlalu lama berada di zon selesa membuatkan kita menjadi malas untuk mencari sesuatu yang lebih baik..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 April 2012 at 12:20

      Saya pernah duduk dalam zon selesa selama setahun. Nasib baik cepat tersedar.

      Reply
  8. akubiomed says

    16 April 2012 at 12:05

    Saya sudah 15 tahun didalam industri Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Saya menganggap saya perlu berada didalam industri tersebut sebagai orang ang dibelakang takbir memastikan perkhidmatan hospital tidak terganggug.

    Kami ini ibarat ‘Unsung hero’ yang mana doktor dan juruwat lebih dikenali berbanding kami.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 April 2012 at 12:19

      Rasanya tak ramai yang duduk dalam industri tu kan bro?

      Reply
  9. fiezaradzi says

    16 April 2012 at 16:26

    mmg de benarnya.. satu lagi bosan lau tak de kerja, itu lagi bosan.. hihuhu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 April 2012 at 15:40

      Tak de kerja, buat2 ada kerja pun boleh.

      Reply
  10. Hafizul says

    17 April 2012 at 10:14

    Zuk Selesa?Kelakar gambar tu….Hahahaha

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 April 2012 at 15:39

      Memang selesa sungguh kucing ngan burung tu..hehehe

      Reply
  11. LilyNrman says

    20 April 2012 at 13:02

    Yup. Manusia jika sudah berada di zon selesa, kita akan terlintas di fikiran, “Buat apa perlu keluar?” atau buat apa perlu bersusah -payah lagi? Ini bukan suatu yang negatif. Ianya terlintas di fikiran kerana kita telah pun melalui zon amat susah sebelum ini sebelum menduduki zon selesa. Zon selesa boleh dianggap zon kejayaan. Iaitu kejayaan yang diperoleh setelah berhempas pulas mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan di luar kawasan bulat zon selesa tersebut. Jadi, nikmatilah zon selesa anda. Jika masih tidak berpuas hati, keluar semula untuk mencapai zon selesa tahap dua yang lebih besar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in