Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Tanya Anak Apa Cikgu Ajar di Sekolah

Tanya Anak Apa Cikgu Ajar di Sekolah

19 August 2011 by Cikgu Hairul

Sebagi ibu bapa, kita wajib bertanya kepada anak-anak apa yang cikgu ajar di sekolah. Bertanya sekadar nak ambik tau. Jangan menyerahkan sepenuhnya tugas mengajar kepada guru di sekolah.

Kes yang berlaku baru-baru ini benar-benar menampar ibu bapa. Anaknya diajar lagu-lagu Kristianisasi dan ditarbiah untuk menjadi seorang Kristian. Itu pun ibu-bapanya tahu selepas gurunya membuat laporan ke Jabatan Agama dan gurunya beritahu sendiri. Bila dah jadi macam tu, mulalah gelabah. Pak-pak menteri pun mulalah beri arahan itu dan ini.

Selama ini kita tak mahu ambil pusing tentang apa yang anak-anak belajar di sekolah mahupun di pusat tuisyen. Pusat tuisyen tu lagi bahaya sebab tiada pemantauan terus dari pihak Kementerian Pelajaran. Apa yang diajarkan kepada anak kita wajib kita ambik tau mulai sekarang.

Kejadian ini juga mungkin bahana dari sikap sebilangan kecil ibu bapa moden di bandar-bandar yang tak mahu anaknya belajar Pendidikan Islam. Bukan tak ada ibu-bapa komplen kat sekolah, tak nak anaknya belajar Pendidikan Islam, tak anaknya memakai tudung, tak anaknya belajar alQuran. Persepsi mereka Matapelajaran Pendidikan Islam tak dapat memberi makan bila besar nanti.

Bila kita alpa, ada pihak akan ambil kesempatan. Agama lain juga nak mengembangkan agamanya. Takkan kita nak halang. Rasulullah juga tak pernah menghalang agama lain dari disebarkan. Apa yang penting kita menyebarkan agama Islam ini lebih dari agama lain menyebarkan agamanya.

Kalaupun anak kita belajar di sekolah agama sekalipun, kita wajar bertanya apa yang cikgunya ajar. Takut-takut bukan ajaran Islam sebenar yang anak kita terima.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Sobri Mansor says

    24 August 2011 at 10:36

    Macam-macam berlaku sekarang nih. Kecil-kecil lagi dah pandai nyanyi lagu memuji nabi Isa. Sepatutnya berselawatlah. Tapi lain pulak yang dibuat oleh budak kecil nih…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 August 2011 at 15:36

      Kalau tak di pantau macam tu la jadinya.

      Reply
  2. Pacifista says

    26 August 2011 at 01:26

    nak kena pantau anak2 ni.jangan pulak ibu bapa asyik salahkan cikgu je bila anak tak lulus exam.sama jugak kalau anak buat kesalahan disiplin di sekolah.ibu bapa pun kena la amik tau disiplin anak di sekolah.jangan pulak ibu bapa asyik tuduh sekolah tak pandai jaga murid…

    hanya pendapat dari seorang guru yang kerdil lagi hina…

    Reply
  3. titan says

    26 August 2011 at 05:53

    dan ibu bapa kena pantau juga pelajaran anak-anak. Jangan biar aje. kene gak selalu tengok buku latihan anak-anak..diorang buat ke tidakk..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in