Tawar Hati Dengan Kerja Sekarang, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Menurut satu servey baru-baru ni, tahap kepuasan kerja dalam kalangan rakyat Malaysia hanya 10% je. Maknaanya 90% pekerja tak seronok dengan kerjanya sekarang. Kenapa benda ni boleh berlaku? Adakah aku termasuk dalam golongan itu? Pastinya tidak. Tak percaya? Tengok cerita aku kat sini kat sini dan sini.
Ehhh.. Pelik kan? Macam mana boleh tawar hati dengan kerja pulak nih.. Pernah tak ada sesiapa yang tengah menganggur, lepastu datang seorang Majikan tarik kita suruh buat kerja yang kita tengah buat sekarang. Rasanya tak ada lagi kecualilah buruh paksa buat landasan keretapi maut zaman jepun dulu. Rasanya kita yang mintak kerja ni kan?
Dulu sebelum kerja kita hantar borang permohonan/ resume/ surat mintak keja dan macam-macam lagi. Lepastu datang pulak interview. Semua apa yang bakal majikan kata kita iyakan. Suruh itu…okeh, suruh ini…okeh. Yelah orang belum dapat kerja. Semua okkkk.. Bila dah kerja napa jadi macam ni?
Kerja memang Lillahitaala, tapi bila dapatan tak setimpal dengan lelah badan mulalah tawar hati dengan kerja. Bila kerja orang lain pun menjadi kerja kita, macam mana hati tak baran. Wahai pekerja budiman, ketahuilah takat mana skop kerja anda. Jangan sampai kita dipergunakan. Menuntut hak itu wajib bagi setiap insan. Jangan takut berkata TIDAK. Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung.
Bila jiwa rasa terbeban dengan kerja, maka mulalah rasa tawar hati. Nak datang kerja pun malas, masuk kelas lambat, selalu mc sampai satu tahap tu ponteng terus dari kerja. Apa orang atasan cakap dirasakannya semua tak betul. Mulalah rasa benci dengan bos. Itulah bahana tawar hati. Pandai-pandailah jaga rezeki yang diberi.
SeindahHiasan says
Nice entry ๐
Apapun pekerjaan yang dilakukan,biarlah kerana Allah. InshaAllah bukan sahaja gaji yang dapat, pahala untuk akhirat kelak pun ada. Do everything Lillahi Taala ๐
A call upon myself too ๐
Jemput singgah http://Www.SeindahHiasan.Com.My ~ Seindah Tinta dan Madah (Blog Motivasi dan Teladan)
Cikgu Hairul says
Insyallah. Terima kasih atas nasihat akak tu ye..
kucinghitam says
kalau nak ikutkan hati semua kerja pun ada rasa malas boring tp tu la kalo xkeja nak dpat duit kot mana huhuhu sabar je la…
Cikgu Hairul says
Sabar.. itu yang terbaik. Tapi motivasi perlu juga dicari. Kalau dah tak seronok macam mana nak kerja. Duit bukan boleh datang bergolek.
titan says
sabar weh..sabar…
Cikgu Hairul says
Sabar la ni.. Kalau tak, dah resign. Hahha. Pastu jadi blogger full time.
hafizrahim says
perasaan macam ni dikira normal dalam alam pekerjaan..orang disekeliling yang selalunya mempengaruhi kita, so jalan terbaik..stay positive..buat kerja, siap then balik..hehe
Cikgu Hairul says
Kalau dah stress sangat pergilah bercuti seminggu dua.