Baru je nak buat baju raya, bila sampai ke kedai rupanya dah dua minggu tutup. Tahun ni ramai yang buat keputusan bijak. Buat persiapan seawal mungkin.
Pelik juga kan, biasanya seminggu puasa baru tutup tempahan. Kali ni awal la pulak. Terpaksalah beli baju siap kat Masjid India.
Lagi pelik orang berlumba-lumba nak buat persediaan raya, tapi persediaan puasa langsung tak terfikir. Ramadhan tinggal beberapa minggu je lagi. Puasa yang tinggal tahun lepas dah ganti ke belum?
Kedai yang saya pegi ni di Bandar Tun Razak, tempat lain saya tak pasti. Mungkin la sama.
Jebeng Otai™ says
awalnya..lom puasa ag..huhu
Cikgu Hairul says
Tu la pasal.. Nasib baik baju lama masih ada yang boleh pakai. Takdela terdesak sangat nak buat. Cuma my wife la.. mengagau gak cari tempat tempah baju.
alieza dayasari says
isyhh.. hawat lambat sgt hantar.
tempat saya ok lagi. terima tempat smpai hujung bulan 6 ni.. baru jer hantar ahad lepas…. hiiiiiiiiiiiii……
Cikgu Hairul says
Kat mana tu? masih sempat lagi ke?
Hafizul says
Ramai sgt yang tempah baju raya..hehe..untungamereka yang mempunyai kemahiran menjahi dikala musim perayaan bakaliba…
Cikgu Hairul says
masani la orang nak buat duit. untung mereka.
ProfHariz says
Awal betul. Huhu. Tapi saya tak tahu lagi beli ke tak baju melayu. Selalunya beli tshirt dengan seluar je
Cikgu Hairul says
baju melayu 3-4 tahun sekali pun takpe. baju tu jarang pakai kan..
aimannajmy says
wah cepat tul dah tutup tempahan.. puasa pun lagi sebulan.. saya maybe pakai baju raya tahun lepas haha