Apa aktiviti korang sempena cuti Hari Malaysia ni? Mesti ada yang nak pergi bercuti kan. Share la sikit tempat bercuti best-best kat Malaysia ni? Nanti cuti sekolah, saya pun nak bercuti jugak, sekarang bagi kat korang semua dulu. Hehee. Anyway, selamat berhujung minggu.
Sambil tengok Nasi Lemak Kopi 0 tadi, ada iklan Tahun Melawat Terengganu 2013. Banyak juga program yang dirancang. Special untuk bulan September ni, lawatan ke Taman Tamadun Islam. Menarik juga kan kalau dapat buat lawatan ke sana.
Apa yang ada di Taman Tamadun Islam?
Ada replika masjid dari seluruh dunia, dan yang paling popular ialah Masjid Kristal. Kiranya ni percutian luar negara bajet ciput la. Kat situ kita boleh tengok masjid-masjid yang popular, kenal sejarah negara-negara Islam dan menikmati keindahan masjid yang diperbuat daripada krista.
Ni antara gambar-gambar saya masa ke Terengganu hari Raya lepas.
Tak larat nak berjalan kaki mengelilingi keseluruhan kawasan ini? Tak apa, kat sini ada perkhidmatan sewa basikal dan tram.
Ok, cuma ni je la sedikit idea untuk percutian singkat ni. Esok dan Lusa boleh mulakan lawatan. Banyak juga aktiviti dirancang.
Ops! hampir terlupa, Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Jalannya agak susah sikit la nak mencari sebab terletak agak tersorok. Saya pun cuma ikut GPS je untuk sampai. Ada signboard semuanya sangat tak boleh pakai. Percaya je dengan hati, jangan percaya sangat dengan signboard yang ada.
Hazmin Hamudin says
Aku jalan-jalan dekat penang ni. Ok la. Makan je keje dakat sini. Haha
hafizmd says
ambe pun belum sempat singgah..hohoho
paling mudah, tanya org sekitar…insyaAllah lbih mudah sampai =)
Rina says
Tempat yang sangat menarik, cocok untuk dikunjungi bersama keluarga ๐
Amar says
Banyak benor ko berjalan yek…? Tak terikut aku nak berjalan merata gitu. Jalan dekat-dekat jer gi Kedai MARA depan tu. Hehehe…
Mak lagenda says
Aritu mak smpi gak kuala ganu ni but tak jumpa cari taman tamadun ni hah..mmg ikut signboard tu x jumpa2!!
Cikgu Hairul says
Hahah.. memang gitu la semua orang terkena. Tu namanya papan tanda tanya. Ikut hati lg senang.
TehR says
papan tanda tanya?
haha
Cikgu Hairul says
Ye cikgu.. Kalau papan tanda, ia memberi info. Yang ni memberi kita satu lagi persoalan.. Layak la ditukar nama.
pahan says
lain kali aku g terangganu kita jumpa bro ๐ nak g tempat mcm ni,hehe
Cikgu Hairul says
Insyallah.. Kalau sampai sini roger je la.
kakiblog says
ya tempat yang menarik untuk dikunjungi di Kuala Terengganu
Cikgu Hairul says
Ini baru sebahagian kecil. Banyak lagi tempat menarik yg belum dikunjungi.. Sebaiknya rancanglah percutian ke Terengganu sebaiknya.
hafiz says
Tak sempat singgah, dapat singgah sembahyang kat masjid kristal je…
Cikgu Hairul says
Sembahyang kat masjid kristal? Hahaha.. Saya pernah ke masjid kristal tu hari Jumaat, ingatkan ada la solat jumaat kat situ. Rupanya takde.. Kecewa jugak.
TehR says
aku belum pernah sampai kat taman tamadun islam ni
padahal tak la jauh sangat
Cikgu Hairul says
Sempena tahun melawat terengganu ni elok la buat lawatan.
nizam ijam says
bila nak ajak aku nyer??
Cikgu Hairul says
Hahaha.. Bila-bila boleh bro.
Fyzal says
Tak berkesempatan lagi nak ke Terengganu. Entah bilalah ada masa nak gi cuti cuti. Sibuk sgt dengan kerja dan belajar.
Cikgu Hairul says
Pegi pada waktu cuti raya la.. Hehhe
Joe says
Aku tengah plan nk g Kenyir lepas nie.
Cikgu Hairul says
Kenyir pun ok. Saya dah penah pegi sekali.. Tu pun rasa cam tak puas. Untuk ketenangan maksimum, eloklah tasik kenyir tu.
Achik Ezz says
Teringin gak nak join team kaki pancing. Bleh rasa tido dalam bot tingkat..huhu..pengalaman baru..amacam, ada brannnnn?
titan says
bilalah aku ada masa nak pergi sini. mak aku asyik ajak je gi terengganu.. ๐
Mohd Shubhi says
Dah pernah pergi ke tempat tu sekali dulu. Banyak replika bangunan Islamik menarik seluruh dunia kat sana
Naziman Azlye says
Kalau la boleh sewa motor kan bagus. Naik basikal penat nak kayuh lagi.
Cikgu Hairul says
Motor tak de. Nak rileks naikla tram.
Naziman Azlye says
Tram tu macam kereta api tu kan?
Cikgu Hairul says
yup.. dengan sedikit bayaran, mungkin dapat mengurangkan kepenatan.