Pernah satu ketika aku dihina dek pencapaian akademik yang tak membanggakan sesiapa. “Dia” lari meninggalkan diri ini lantaran CGPA Diplomanya melebihi aku. Terhina yang amat sangat. Derita itu bertukar menjadi dendam positif. Aku simpan satu azam dan semangat baru. Aku mesti tebus kegagalan lampau. Cerita 5 tahun lalu itu mengamit kembali memori ini. Seketika aku menghela nafas panjang. Masih terasa peritnya saat itu. Air mata tumpah ibarat hujan dimusim tengkujuh. Tapi aku seorang lelaki… Tak layak menangisi perkara sekecil itu. Lantaran itu aku bangkit untuk mencapai satu impian.
Tahun 2006 aku tekadkan seluruh tenaga dengan keazaman yang tinggi. UTM yang pernah menjadi kolam nostalgia satu waktu dulu, aku lungsuri kembali. Dengan berbekalkan dendam positif, aku gagahi diri menghadiri kuliah di dalam bilik-bilik kuliah yang pernah menyaksikan kelalaian aku dulu. Mungkin bilik kuliah itu merasa hairan, insan yang pernah lalai itu kembali dengan semangat yang berbeza.
Gelak tawa, usik mengusik, senda gurau mewarnai pengajianku kali ini. Pendek kata, sepanjang 5 tahun kami bersama penuh dengan keceriaan. Teletah kumpulan warga emas yang belajar bersama kami sering mencuit hati. Abg An, Abg Abul, Abg Sapit, Cikgu Rahman, Pak Lah, masing-masing punya teletah tersendiri. Anak-anal kecil macam Ani, Linda, Kak Ana, Kak Nor, Kak Aishah, Baini, Farah sering menjadi bahan gurauan mereka. Usikan-usikan manja warga emas selalu membuatkan kami tak kering gusi.
Kelas aku kelas 1 Malaysia. Ragavan, Hema, Rajesh, Fong, Edwin, lium…. Hampir semua bangsa ada menjadikan kami sebuah kelas yang cukup harmoni. Keakraban kami menjadikan aku merasa sayu hati apabila saat-saat akhir pembelajaran. Kesedihan yang sangat bermana kerana kesedihan itu tanda tercapainya satu impian.
Kegembiraan ini aku kongsikan bersama… Tanggal 26 September 2011 menjadi sejarah manis untuk dikenang selama-lamanya.
Pacifista says
aku teringat masa lepak2 kat tasik UTM tu dengan kekasih gelap aku.wakaka… 😀
Cikgu Hairul says
Kekasih gelap? Dah terang sekarang ni? Huhuhu.. Usah dikenang..