Irama dan lagu tiadalah berpisah. Sambil duduk di anjung rumah mendengar irama lagu melayu asli dari klasik nasional, fikiranku menerawang jauh.
Berbunyi sudah lori kontena,
Mula bekerja di pagi hari,
Termenung sendiri di hujung jendela,
Teringat kekasih membawa diri.
Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Bergantunglah hati kepada Allah nescaya hati akan tenang. Memanglah hidup ini penuh dengan ujian yang perlu kita tempuhi. Selesaikan satu persatu walaupun susah nak ditangani.
Dengan Allah kita bicara,
Luah segala rasa hati,
Patah hati terluka jiwa,
Mengenang nasib diri sendiri.
Rupa-rupanya keresahan hati ada puncanya. Merenung sejenak segala aktiviti sepanjang hari dan mencari apa sebenar masalahnya. Bermuhasabahlah nescaya engkau akan jumpa puncanya. Kerinduan ini kepada Bonda di desa….
Terkedek-kedek si itik nila,
Dikejar kucing keliling rumah,
Bonda satu dalam dunia,
Jangan menengking mahupun marah.
Hairul Azni says
Bunyi macam nak kena balik jumpa bonda tersayang tu..
Cikgu Hairul says
Betul tu bro. Minggu ni kot balik.
hairulafiz says
rindu kat emak lah tu..
ohcikgu says
termenungkan siapa tuu..hehe
Abu Kholid says
wah sepertinya sedang galau ya