Ada yang tersentap dengan tulisan seseorang. Benarlah mata pena lebih tajam dari mata pedang. Manusia akan tersentap bila kesah yang ditulis adalah kesahnya, kesah keluarganya, kesah masyarakatnya dan kesah pemimpinnya.
Mau tak sentap, kalau kesah itu memang betul-betul terkena kat batang hidung mereka. Lalu dia menganggap orang itu telah merendah-rendahkan martabatnya. Lalu dia menuduh orang telah menginjak-injak maruahnya ke tahap paling hina.
Bagi penguasa yang tersentap, lekas-lekas gunakan kuasanya untuk menyekat tulisan ini. Masyarakat yang tersentap mula menunjukkan sikapnya yang sebenar, memaki hamun dengan bahasa yang tak layak ditutur oleh seorang yang beriman.
Sentap! Tak terima kenyataan! Nak lari dari realiti!
Pengkesahan sesuatu tulisan datang dari pandangan yang mendalam terhadap isu semasa. Macam-macam teguran baik dibuat, namun makhluk yang bernama manusia ni buat tak tau.
Inilah sifat manusia yang ego. Masyarakatnya sedang tenat dan beramai-ramai menuju kehancuran, namun dipandang biasa-biasa. Bila orang sebut akan kehancuran yang sedang mereka usahakan, melenting tak tentu pasal.
Kalau kita tengok cermin, ada jerawat kat atas dahi kita, patut ke kita marah cermin?
Wahai sang sentap. Mengapa tidak boleh melihat sesuatu teguran dari sisi kebaikkan? Fikir semula kenapa kita tersentap. Mungkin ada salah di mana-mana. Mungkin ada perkara yang perlu kita ubah.
p/s: Teguran orang nak sentap bagai. Al Quran tegur langsung tak terkesan di hati.
mrhanafi says
Saya baca pun dah rasa nak sentap..nie
Aretikz says
Kes sentap begini selalunya berlaku kepada isu-isu yang hot, atau direct tulis nama pelaku sentap tersebut.. Sememangnya penulisan sentap memang pedih.. tp kalau time puasa.. santap yang dinanti.. haha
Elyn says
Nicee
Raihanah Ahmad says
biasalah tu terasa2 bila2 pun boleh berlaku kan
umiadam says
kekadang cari info lain, tapi jumpa info lain. pastu info yang tak nak cari tu baca-baca boleh menyetapkan hati haha
KHAIRUL AMRAN says
Kita berhaha la..
Ira says
sentap itu perkara biasa, tak gituu