Teruja, satu terma menunjukkan perasaan mahukan sesuatu pada tahap paling tinggi. Mengajar dengan teruja, itu terma baru yang saya jumpa. Sedikit demi sedikit penerapan elemen itu ke dalam diri melalui siri-siri motivasi dan bengkel.
Tak sangka, perasaan teruja boleh diujudkan semasa sesi pengajaran. Dalam seminar bersama Omar Stirling, gaya penyampaian beliau betul-betul memberi inspirasi.
Saya terfikir, mampukah saya beraksi sepertinya di dalam kelas? Apakah reaksi pelajar? Tak nampak pelik ke? Ehh macam-macam rasa wujud. Nak buat benda baik kot.
Tapi, itu normal. Nak bercakap gaya Perdana Menteri pun ada gemuruhnya. Inikan pula nak menyampaikan sesuatu dengan aksi dan gaya teruja.
Serious, 8 jam berseminar semua sangat bersemangat. Tabik spring dengan Omar Stirling yang berjaya menghidupkan ratusan peserta.
Apa yang saya belajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diubah. Kaedah kuno chalk and talk sudah kurang relevan lagi. Generasi baru sebenarnya bukan perlukan pengetahuan dari guru, tetapi mereka perlu seorang pemudahcara (fasilitator) untuk memacu otak mereka meneroka ilmu.
Sebagai guru, kita tak mahu menjadi yang biasa-biasa. Kita kena jadi guru luar biasa. Semangat luar biasa, aksi luar biasa dan knowledge luar biasa. Barulah dapat mendidik generasi luar biasa.
Ira says
betul tu, semua boleh buat talk tapi yang penting cara penyampaian tu yang tentukan keberkesanannya kan
Khairul Amran says
Ye ye ye.
Amar says
Minat dan semangat pelajar boleh dibina jika guru tu ialah inspirasi pelajar.
Saudara Omar tu berjaya buat peserta beraspirasi seperti dia, langkah seterusnya jadi mudah.