Hujung minggu macam tiada apa yang nak dibuat. Lepas mengemas rumah dan apa-apa yang patut aku mulakan projek membuat beberapa testing terhadap blog kesayangan ni. Ada sesuatu yang masih belum selesai. Page rank Alexa tak mengalami perubahan walaupun pada gogle analytic dan statistik di cPanel memperlihatkan peningkatan. Apakah sebabnya? Ada sahabat dapat membantu?
Sementara tu, banyak tips dari sahabat blogger mengatakan loading time mempengaruhi rangking di Alexa. Aku pernah test loading time blog ni satu masa dulu. Perubahan yang aku buat ialah menukar theme untuk mengurangkan loading time tersebut. Pada mulanya memang menampakkan hasil memuaskan. Tapi sehari dua ni selepas google mengupdate PR aku dapati macam ada yang tak kena dengan blog ni. PR masih lagi 1 dan Alexa ranking masih berada di kedudukan 1 500 000 lebih. Padahal dulu blog ini pernah mencapai rangking 300K je. Tak tau apa yang berlaku selepas itu jadi turun mendadak.
Kali ini aku suspect loading time juga yang menjadi punca masalah tu. Melalui beberapa tools untuk mengukur loading time, aku cukup terkejut bila mendapati loading time diukur menggunakan tools ini memberikan bacaan sehingga 13.46s. Ini sudah teruk. Tools lain macam iweb tools tak pulak memberikan bacaan sehebat tu.
Aku gunakan tools dari PINGDOM.COM. Bila diteliti testing tu dari Amsterdam. Sejuk sikit hati tengok keputusan tu. Sampai sekarang masih belum dapat solusi sebenar permasalahan ini. Last-last aku biarkan je. Cuma kali ni remove plugin-plugin yang nampak keterlaluan.
Macam mana dengan loading blog ni kat tempat korang? Lambat tak? Kalau ada idea boleh kongsikan dengan aku ye.
Pacifista says
try la tukar theme bro.pakai je nom nom twenty eleven dulu.mungkin ringan cikit kot.
Cikgu Hairul says
ada rasa lembab tak loading blog aku ni bro? Nak tukar theme lagi.. hehehehe. Baru je beberapa bulan lepas tukar theme.
ohcikgu says
tukar theme yang lebih ringan. dan tengok..hosting tu dari mana. kalau tempatan punya..biasanya laju..
Cikgu Hairul says
Theme ni camna bro loading kat pc bro? Sangat sengal tak? kalau agak2 sengal aku nak try la tukar theme. Tapi baru je aku tukar theme ni. Hosting pulak ada kat Malaysia.
titan says
aku rasa laju dahh..ko nak laju macam mana lagi? hehe..
Cikgu Hairul says
owh.. laju eh. takpe la camtu. mungkin alexa trafik masih ciput kot. kena usaha lebih untuk tingkatkan trafik ni. tiru macam bro buat duit online.
adamfaiz says
Senasib la kita ni.. Alexa naik banyak… dah buang beberapa plugin, still sama gak.. 🙁