Pening, sedih, geram.. itu apa yang aku rasa bila bukak-bukak je blog ni keluar โThis Account Has Been Suspendedโ. Tunggu punya tunggu tak juga selesai. Apa lagi terus hantar ticket ke hosting provider. Tunggu lagi.
Aku tercari-cari facebook sealserver dan twitternya. Jumpa je terus cari apa masalah yang berlaku. Ada satu tweet mengatakan server sedang dalam maintanance. Aku rasa lega sikit. Tapi lepas 24jam masih juga tak ada perubahan aku mula geram. Takkan buat maintanance sampai 24jam. Takpe lah, check ticket kot-kot dah ada balasan, umpama menunggu bulan jatuh ke riba.
Usaha mesti diteruskan untuk mencari punca sebenar kegagalan blog ini dilihat. Usaha juga untuk menghubungi owner sealserver. Dalam laman web sealserver.com tak ada pulak sebarang contact number. Ahh.. takpe, aku cuba dan cuba. Akhirnya aku jumpa di whois. Terus hantar sms minta kepastian.
Tak lama tu pihak sealserver hantar sms kata akan update status suspended tu dan beritahu sebabnya.
Salam En. Khairul,
Pihak kami dapati load reseource daripada server tinggi dari akaun tuan, dan kami juga jumpa skrip autoresponder di dalam host. Adalah dimaklumkan penggunaan autoresponder adalah dilarang dalam rangkaian shared hosting, melainkan ianya diinstall pada server yang en. Khairul guna sendiri sepenuhnya (dediacated server).Ini kerana skrip sebegini menggunakan resource yang amat tinggi dan mengakibatkan lebih 500 orang pengguna lain pada server sama terganggu. Oleh itu, pihak kami minta buang penggunaan skrip tersebut.
Sekarang barulah aku tahu kedudukan sebenar perkara. Salah sendiri rupanya. Aku install skrip autoresponder dalam server. Hahaha.. Nah padan muka aku. Kan dah kena suspended.
Sebenarnya skrip autoresponder tu aku tak pasang di sealserver pun. Skrip tu aku pasang masa kat hosting lama. Masa perpindahan tu aku ingatkan autoresponder tu dah tak boleh guna, so biarkan je la folder tu. Tapi rupanya masih juga berfungsi. Tu yang makan resource tingi tu.
Pagi tadi juga aku buang segala skrip autoresponder dan database yang ada. Kesian kat kawan-kawan yang duduk dalam server yang sama. Minta maaf ye kawan-kawan.
Terima kasih juga pada pihak sealserver yang sabar melayan kerenah customer yang sorang nih.. hehehe. Aku janji tak buat lagi dah.
Sementara tu, aku cuma nak sampaikan pesanan kepada pihak sealserver. Blog / laman web tu lebih cantik kalau diletakkan nombor telefon untuk dihubungi. Kedua, letakkan tearm and condition supaya tak ada lagi orang yang nak cuba buat ujikaji macam yang aku buat ni.
Apapun walaupun agak lambat balas ticket dan sms, alhamdulillah selesai juga. Dan jangan lupa update-update la selalu tweeter dan facebook tu ye. Sebab kalau ada apa-apa masalah customer akan terpa ke sana dulu.
Ok wasallam..
anif says
Hehe.. lain kali lebih berhati-hati ye. ๐
Cikgu Hairul says
Hehe. terima je la kesalahan sendiri. Terima kasih atas ingatan bro anif.
faizfakhirin says
beware beware beware..
Cikgu Hairul says
Sudah semestinya bro.
faizfakhirin says
bila nk pakai yg DotCom xtau..mls nk setting bendalah nih semer yg masalah utama nih..hahaha
Aya says
Aya pun lawat blog cikgu hairul.. tup-tup akaun suspended.. actually aya pun pernah alami benda yang sama.. berdebar2 masa tu.. risau hilang semua database.. alhamdulillah, nasib baik takda yang hilang.. anyway lepas ni kita sama-sama kena berhati-hati..
Cikgu Hairul says
Hati-hati dan backup selalu.
lazaac says
lazaac dah banyak kali kena warn sbb exceed resource limit… dan brapa kali jgak kena suspended sbb exceed tu jgak… last2 angkat kaki, guna VPS jer… senang citer… tp sbnrnya still tinggi lg, tp dah pakai VPS, tinggi mana pun kita pakai, ada sapa nak marah..? huhu… xde..
Cikgu Hairul says
VPS belum mampu lagi la Lazaac. Wah apa projek sampai guna resource tinggi tu? Hehehe.. mesti banyak testing nih..
lazaac says
lebih kurang ler cikgu… banyak projek.. tu sbb xleh pakai shared hosting.. :p
Juan says
ish, patutlah blog aku slow, ko rupernyer, hehehe
Cikgu Hairul says
Ada terjejas ke bro? Heheh. Sorry ler.
b3njy says
Patutlah aku ingat blog cikgu dah kena hack …. hahahaha … salah sendiri tak per …. engaku je lah ๐
Kira dah lancar kembalilah ni kan ? ๐
Cikgu Hairul says
Sekarang dah ok bro. Dah buang semua skrip tuh.
tuan tanah says
perkongsian pengalaman sebegini bagus, sekurang mana yang tdk kena maybe akan lebih berhati selepas ini
Cikgu Hairul says
Untuk saling ingat mengingati.
tuan tanah says
itu la kadang aku sendiri pengalaman rakan blogger patut dijadikan ikhtibar ๐
kodinz says
aku ingat kena hack ker aper la td. dia suh guna autoresponder cam aweber kot tuh ๐
Cikgu Hairul says
Hehehe… Kalau kena hack kuar macam tu gak ke?
Skrip tu memang best. Boleh menjahanamkan server. Bayangkanlah, sekali pasang 500 orang terjejas. Dasat sungguh.
shraqs says
Haiyya… nasib baik diorang tak suspend terus akaun. ๐
Cikgu Hairul says
Kalau suspend mau nye meraung. Dahla susah dihubungi.
Rina As says
Kita jadikan ini sebagai pengalaman berharga dan semoga kedepannya tidak menimpa kita lagi
Terus semangat blogging Cikgu !!!
Cikgu Hairul says
Terima kasih atas nasihat.
chii says
wooo..alhamdulillah..chii x pernah alami mcm tu..lg plk..chii ada tuan tanah yg tlg..eheheh
Cikgu Hairul says
Beruntunglah badan.. ada yg nak tolong.
hafizmd says
hehe…rupanya salah sendiri…takpelah…klau tak kena, tak tahu mana silapnya kita…tak gitu cikgu? =)
mmg ada penyedia hosting yg hanya bergantung pada ticket semata2…tu yg jadi payah skit tu..
Cikgu Hairul says
Betul tu bro.
rahman says
takde no phone kat website.. memang kelakar ..tapi kalau kena time kita emergency mahunya jadi mengamuk.
Cikgu Hairul says
Dapat juga dicari di whois no fon dia. Tapi sms je la berjawab. Lega sket bila dia balas sms tuh.
OrangAkaun says
aku pernah kena suspend sebab theme or plugins ada backdoor. So si anon guna domain aku untuk spam tempat lain. Untuk selamatkan keadaan & imej domain, si owner syokhost terus suspend account aku..nasib baik la..
Cikgu Hairul says
Owh bahaya tu..
puanbee says
autoreponder tu untuk apa pulak cikgu ?
hehe kena ambik tahu jugak ,kot2 kita pun ada buat apa2 kesalahan kan
Hafizul says
Emm mahal pengalaman cikgu dapat ni. Haha
mohd afira says
mcm mana langkah nak hilangkan This Account Has Been Suspended pada website http://www.pondoksgdurian.com
Amran says
Cuma pihak webhosting je yang boleh normalize. Cuba call pihak webhosting.. Tanya sekali kenapa dia letak status suspended. Nanti mereka akan explain la..
mohd afira says
mcm mana ye nak call pihak webhosting??blh sapa2 bg pendpat atau bantuan
mohd afira says
boleh bg no hp tak kat email…..mudah nk tanya….tgh pening nih huhuhuh tlog lar [email protected]
Amran says
Nak call atau hantar support ticket, pegi ke web hosting provider. Login akaun bro dan hantar support ticket. Kalau ada fb/twitter boleh follow kat sana. Lebih cepat klau hantar support ticket. Guna webhosting mana bro?
Nak hubungi saya guna email boleh terus ke bahagian page hubungi. Atau boleh juga ke twitter.
Farahaznil says
Salam bro..skrng masih guna sealserver lagi tak? Sbb sy pula punya masalah “This web page is not available”….hmm puas dah contact sealserver hantar ticket bagai..huhu
KHAIRUL AMRAN says
Wslm. Sekarang dah tak pakai sealserver. Mimpi ngeri bro.. Customer service susah nak dihubungi. After sale service verry bad. Skrg pakai internet-webhoating.com