Ketenangan jemaah mendengar khutbah Jumaat tadi diganggu deringan telefon bimbit dari seorang jemaah yang tak faham bahasa. Benarlah kata Celcom “Tiada Panggilan Sepenting Panggilan Ilahi” dalam iklan yang dipaparkan di masjid-masjid satu waktu dulu.
Para jemaah tercari-cari bunyi telefon bimbit yang berdering di kala khatib membaca khutbah. Aku perhatikan pada seorang pemuda separuh usia menjawab telefon. Fuh rasa bangga pulak. Tengah-tengah khatib baca khutbah boleh dan sempat lagi menjawab telefon. Aku tak tau manusia jenis apa dia ni. Bukankah telah diperingatkan sebelum khutbah bermula “barangsiapa berkata-kata semasa khatib berkhutbah walau dengan berkata diam sekalipun, nescaya luputlah pahala jumaatnya”. Barangkali dia tidak ambil peduli dengan peringatan itu.
Meskipun tidak mahu mematikan telefon, apa salahnya meletakkan mod silent ketika masuk masjid. Hormati jemaah lain dan hormati majlis. Jangan mementingkan diri sendiri.
Sedang jemaah berada di tahyat akhir solat Jumaat, sekali lagi kedengaran deringan telefon bimbit dari lelaki sama. Aku rasa kurang khusuk dalam solat jumaat kali ini lantaran kejahilan segelintir manusia. Jemaah lain rasa gelisah. Selepas salam kedua, kedengaran imam memberi peringatan supaya jemaah mematikan telefon sebelum solat. Barangkali imam juga terganggu dengan kejadian tadi.
Nah sekarang jika imam pun tidak khusyuk apa jadi dengan para jemaah? Adakah pahla solatnya? Perlukah manusia bodoh sombong ini dikenakan tindakan sewajarnya. Kalaulah sampai solat Jumaat tadi terbatal disebabkan tidak khusyuk maka aku secara jujurnya akan meletakkan 100% kesalahan ini pada makhluk bodoh itu.
Leave a Reply