Saya kagum bila tengok kawan-kawan yang baru beli domain, berblogging dalam masa singkat dah dapat PR2. Contohnya blog bro Benjy. Dalam masa tak sampai setahun berdomain dot com, benjy berjaya menaikkan ranking dan PRnya. Itulah penangan seorang pakar.
Begitu juga dengan banyak perkara sekeliling kita yang saya kagum. LRT bawah tanah, KLCC, matahari, bulan, bintang, pokok, binatang dan macam-macam lagilah. Kalau difikirkan dengan akal biasa, ia mustahil untuk dibuat. Semestinya penciptanya seorang yang pakar.
Hah! Tengoklah macam mana pakar bedah jantung buat kerja. Orang yang rosak jantung pun boleh dia baiki. Kan benda mustahil tu. Tapi sekarang dengan kerja seorang bergelar pakar, benda mustahil boleh dibuat.
[info]Sekarang kunci untuk berjaya kita dah tahu. Jadilah seorang pakar.
[/info]
Kita ni kan, buat kerja yang sama setiap hari, tapi macam tak pernah buat kerja tu. Setiap hari mengajar, tapi macam tak pernah masuk maktab. Jadi seorang doktor, buat kerja macam tak pernah masuk hospital. Jadi bos, macam tak pernah jadi pekerja. Jadi pekerja, macam tak pernah sekolah. Buat kerja sambil lewa. Kenapa taknak jadi yang pakar?
Tak rugi jadi pakar. Penjenayah pun kalau dah pakar, sampai mati polis tak dapat tangkap. Kita ni kalau sungguh-sungguh buat kerja sampai jadi pakar, benda mustahil pun boleh kita buat. Susah pada orang, tapi sebab kita pakar, mudahlah bagi kita.
dzuandiey says
semuanya tak mustahil bila ada usaha yang kuat ka…hehe…
Cikgu Hairul says
betul.. kuncinya juga kuat berusaha untuk jadi pakar. bukan maknanya kena ambik phd baru boleh jadi pakar.
Hafizul says
Cikgu tukar theme ke ni??hehe..betul tu cikgu..pakar dalam segala bidang dah kurang…
Cikgu Hairul says
Tukar nomnom 2.0 jer. Hajat hati nak pakai thesis tapi tak mampu. Theme lama tu takde #h1. Google tak index.
adamfaiz says
Lambat lagi nak jadi pakar… tapi takpe, ramai pakar boleh dirujuk
Cikgu Hairul says
takpe slow-slow.
aimannajmy says
saya pulak bab blogging memang ikut mood.. huhu ntah camana ada mood baru nak update dan blogwalking.. camana la nak jadikan diri ini blogger yang tegar huhu.. yang peliknya FB boleh lak jadi tegar dok update selalu.. blog dibiarkan tinggal bersawang huhu
Cikgu Hairul says
kalau camtu boleh jadi pakar fb nih.. 🙂
titan says
hehe..susah nak jadi pakar. tapi bukannya mustahil.
Cikgu Hairul says
ko dah jadi pakar cari duit internet ni bro.
arrizz says
setuju!
Cikgu Hairul says
🙂
Jebeng Otaiâ„¢ says
sebelum jdik pakar kene la menuntut..ade kes2 tertentu yg pakar dh kata selamat kita yg buta tuli ckp x selamat..huhu
xptt lak kan..huhu
ohcikgu says
betul. janji kita usaha dan terus berusaha untuk jadi lebih pakarrrr..
muazfaris says
suka ayat akhir tu..
same la, blogger kalo dah pakar.. mmg mencanak la.. hehe
Amar says
Pakar kena berada di tempat yang betul. Kalau pakar IBM AS400 tapi duk dalam ladang sawit, kenalah cari kepakaran lain pulak. Pakar sabit ker, cop ker, loading ker, proning ker, membaja ker..
Cikgu Hairul says
So.. Teruskanlah jadi pakar AS400. IBM boleh tutup woo kalau pakar mereka masuk ladang.
Oh! budu says
penting ke PR.. main tukar je domain ni.. hehe..
Cikgu Hairul says
Memang PR tu penting. Dapat memotivasikan kita untuk terus berblogging. Ok la tu, dah tukar domain. Pasni mesti trafik mencanak.
yas says
Sebelum jadi pakar kena jadi pakau dulu….hehehee- gurau2 je cikgu:)
Cikgu Hairul says
Pakau? Hehhehe