Alhamdulillah, sudah hari Jumaat. Hari ini hari Jumaat terakhir sebelum tibanya Ramadhan. Sudahkan kita bersedia menyambut penghulu bulan itu? Kalau kita nak sambut orang besar, sudah tentu banyak persiapan yang kita lakukan. Inikan pula bulan besar yang penuh rahmat Allah. Dah tentu persiapan yang dibuat mengalahkan persiapan menyambut pembesar negeri.
Aku cuba menyampaikan apa yang aku dengar dalam tazkirah di radio semalam. Mungkin tiada hadith dan dalil dari ayat alquran yang aku nak sampaikan buat penguat hujah. Ini adalah berkenaan dengan musibah apabila kita mengamalkan cara bangun tidur yang salah.
Cara bangun tidur yang betul ada banyak dijelaskan oleh cendekiawan-cendikiawan. Diantaranya ialah tidak terus bangun secara mengejut. Bangun dari tidur dan duduk seminit dua dulu sebelum berdiri. Ini bagi memberi masa kepada darah untuk turun dan mengatur pergerakkannya kembali.
Selepas bangun dari tidur, jangan lupa berdoa dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk hidup semula selepas dimatikan sementara.
Jangan sekali-kali memikirkan hal keduniaan sejurus celik mata. Contoh hal keduniaan ialah apa nak makan, nak pegi mana, macam mana nak tambah duit dan macam-macam lagi. Inilah yang akan membawa musibah kepada kita. Tiga musibah yang bakal diterima ialah :
Fakir Selama-lamanya. Iya, kalau kita asik memikirkan macam mana nak cari duit, nak tambah harta diwaktu mula celik mata, kita akan ditimpa kefakiran selama-lamanya. Kalaupun ada rezeki yang Allah beri tetapi sentiasa tidak cukup. Cuba cek semula diri kita. Adakah kita merasa cukup dengan apa yang Allah berikan? Memang gaji besar, projek banyak, jualan untung, tapi sentiasa sahaja tak cukup. Masih ada lagi hutang yang tak selesai. Inilah musibah yang paling ditakuti.
Musibah kedua ialah Sibuk Selama-lamanya. Ngeri bila kita ditimpa dengan musibah ini. Bayangkanlah kita hidup hanya untuk bekerja. Siang dan malam bekerja sampai tiada masa untuk berehat, beriadah, bersosial, beramal dan sebagainya. Sedangkan hidup di dunia ini bukanlah semata-mata untuk bekerja. Kesibukan mencari harta sangat bahaya. Anak-anak terabai, jiran tetangga terabai dan yang penting hak diri sendiri untuk berehat juga terabai.
Musibah terakhir ialah Sakit Yang Tiada Penyembuh. Apa yang sakit? Apa-apa je la yang diiktiraf sebagai penyakit. Contohnya sakit kepala, migrin, sakit kulit, sakit hati, sakit kaki dan sebagainya. Penyakit ini jika dilihat taklah membebankan sangat. Tapi kita yang terkena musibah ini akan merasakan kesakitan ini dah bertahun-tahun tapi tak baik-baik. Itu tandanya Allah telah memberikan musibah ini.
Marilah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Semoga Ramadhan ini akan menyembuhkan segala penyakit yang kita dapat. Banyakkan berdoa semoga Allah menjauhkan segala musibah. Ramdahan ini jangan lupa membaca Quran. Amalan bagi membuang segala penyakit di hati elok dilakukan semasa Ramdahan.
Cara yg betul ialah mengeliat dulu, lepas tu duduk, lepas tu cari wife — ada ke tidak? Takut dia dah jatuh katil ker… Terpenyek ker…
Hehehe.. bab cari wife tu yg tak boleh blah. Tido ganas sangat sampai terpenyek wife pun tak perasan.
bro typo untuk tajuk tu: MENGAMALKAN
wah…aku ingat cara tidur yang salah tu tentang posisi tidur.rupanya cara bangun tidur.ni unik ni.terima kasih bro sebab berkongsi ilmu ni 😀
p/s: bro nak tanya ni.ko letak adsense tu memang apply kat blog malay ke?atau ko ada blog english?
Letak kat blog malay la. sifu mr rileks ada buat tutorial. terjah la blog dia.
terima kasih bro