Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Time Machine

Time Machine

21 November 2013 by Cikgu Hairul

Screen Shot 2013-11-21 at 9.35.51 AM

Bismillahhirrahmanirrahim.

Sebagai pengguna komputer yang bijak, kita perlu amalkan membuat sandaran (backup) hasil kerja kita dari masa ke semasa supaya jika terjadi apa-apa dengan komputer tu, data kita masih ada. Jika kerja macam saya yang nak siapkan suatu projek video yang ada sebahagiannya mengambil masa berbulan-bulan; kalau hilang… Terkesima 16 hari jawabnya.

Seperti biasa kita akan sandar ke external harddisk. Tapi berapa kerap?

1. Inilah gunanya Time Machine. Time Machine ialah satu ciri istimewa dalam komputer Mac keluaran Apple.

2. Kita sambungkan satu external harddisk ke Mac melalui port USB dan tandakannya sebagai Time Machine disk. Itu saja.

3. Mac akan buat sandaran semua data dalam Mac SETIAP JAM selagi mana external disk tersambung ke Mac. Ia background process dan kita tak perasan pun Time Machine buat kerja. Dan tak pula mengganggu kerja kita.

4. Jika kita eject external disk ketika proses sandaran pun tak apa. Time Machine akan berhenti buat sandaran dan akan sambung semula bila external disk tadi disambungkan semula ke Mac.

5. Kerja-kerja sandaran ni ialah kerja rutin. Serahkan saja kepada komputer. Kerja dia kan?… Tak perlulah kita sibukkan diri sandar data ke external disk secara manual setiap minggu. Time Machine boleh buat sendiri setiap JAM. Itu lebih praktikal dan pintar.

6. Bagaimana dengan restore? Sistem restore yang biasa dibuat orang ialah berdasarkan restore point. Kita akan restore ke restore point terakhir yang dipercayai selamat.

7. Time Machine tak buat macam tu. Tak perlu restore. Kalau kita restore ke restore point sebulan lepas, komputer akan outdated selama sebulan. Hanya untuk kembalikan beberapa fail, kita terpaksa mundurkan komputer sebulan ke belakang. Itu bukan kerja orang pandai.

8. Apa yang Time Machine buat, ia akan bawa kita ke tarikh terdahulu macam naik mesin masa. Cari fail yang hilang atau terdelete tu. Ambil dan bawanya ke hari ini. Back to the past and bring back that things. Ini baru boleh kata pintar.

Screen Shot 2013-11-21 at 9.36.21 AM

9. Ringkasnya, Time Machine ialah sebuah mesin masa yang tersedia dalam semesta Mac. Sesuatu yang tiada lagi di masa sekarang tapi andai ia pernah ada di masa lalu, kita boleh bawanya ke sini. Sepadan dengan namanya; TIME MACHINE.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Fadhil Husin says

    21 November 2013 at 09:49

    Adohai, untungnya dapat pakai Mac. Kawe tak cukup2 lagi duit nak beli. Insya Allah tahun depan kean ambik satu ni. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Amar says

      21 November 2013 at 10:05

      InsyaAllah ada rezeki tu nanti. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. leeza dayasari says

    21 November 2013 at 12:08

    wow…. menarik nie……… thx for sharing. tmbh ilmu ict…

    Reply
    • Amar says

      21 November 2013 at 18:46

      Sama-sama. ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. titan says

    22 November 2013 at 00:44

    laptop aku bukan mac. takdelah time machine ni. aisehh..

    Reply
    • Amar says

      22 November 2013 at 07:28

      Apa lagi bro… Inilah masanya… Hehehe… ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. TehR says

    22 November 2013 at 10:36

    tak ada cara ke untuk kompute kita yang biasa2 ni untuk buat macam ni?

    Reply
    • Amar says

      22 November 2013 at 17:41

      Untuk Windows 8 dah ada; namanya File History. Kononnya fungsinya hampir sama dengan Time Machine. Tapi tentang kecekapannya saya tak pasti, belum pernah cuba sendiri.

      Reply
      • TehR says

        27 November 2013 at 15:42

        nasib
        aku guna windows 7 je sekarang ni

        Reply
  5. raudzah says

    23 November 2013 at 09:14

    Wah ini dah bagus..tak perlu manually back up…tapi kita punya bukan Mac..so still manually done lah..

    Reply
    • Amar says

      23 November 2013 at 13:29

      Untuk pengguna Windows 8 boleh guna File History.

      Reply
  6. Khairul Zamri says

    24 November 2013 at 12:20

    tunggulah aku beli MAC jugak pasni hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in