Bismillahhirrahmanirrahim.
Aktiviti harian saya menulis di komputer memang agak rumit. Rumit sebab saya cerewet. Saya sentiasa mahu meletakkan nota “masa” bila suatu catatan ditulis. Saya suka ada timestamp.
Dalam Windows, mudah sangat, cuma buka Notepad dan tekan kekunci F5 untuk dapatkan timestamp. Copy dan paste saja ke dokumen yang sedang ditulis atau kemaskini.
Dalam Mac? Ada dua cara.
Cara pertama:
1. Tekan kekunci Shift+Cmd+3 untuk printscreen keseluruhan skrin. Akan ada satu fail imej di desktop.
2. Tap lembut pada nama fail imej tadi untuk rename. Situ ada timestamp. Copy timestamp tu dan paste dalam dokumen.
3. Fail imej tu boleh delete kemudian nanti.
Cara kedua:
1. Buka Terminal dan type date
2. Copy dan paste date tu ke dokumen. Masih tak semudah Windows tapi cara ni nampak lah cam Pro. Hehehe…
Jadi apa lebihnya Mac berbanding Windows atau apa lebihnya Windows berbanding Mac? Jawapannya ialah CARA KERJA yang berbeza. Dua-dua pun saya lanyak.
calrasepatrick says
nice post friend… ๐ ๐ ๐ salam kenal
Amar says
Salam perkenalan…
Hafizul says
Huhu..bila la nak merasa ni haa..harap cepatla saya dapat beli mac book ni..
Amar says
In syaa Allah ada rezeki tu nanti. MacBook refurbish dan second hand dah murah sekarang ni.
puteri kasih says
kadang-kadang puteri pun suka letak timestamp bila menaip
Amar says
TimeStamp tu sangat bermakna bagi yang nak track record bila suatu dokumen ditulis. Pendekatan yang elok diamalkan tu Puteri. ๐
blogger lelaki says
seriuosly aku tak pernah guna MAC..mau pening kepala
Amar says
Senang jer sebenarnya. Duduk, klik klik…. Ooooo camni eh… Lepas tu pandai.
titan says
aku tak tekankan sangat hal nih. hoho