Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Tips kumpul duit kahwin bagi graduan

Tips kumpul duit kahwin bagi graduan

29 October 2012 by Cikgu Hairul

Lepas habis belajar, mesti semua orang nak kerja, beli kereta, beli rumah dan kahwin. Tak ada seorang pun yang kata lepas habis belajar nak duduk sesaja bawah ketiak mak.

Perkara paling berat ialah nak mengumpulkan duit untuk kahwin. Percayalah, itu satu-satunya belanja paling berat dalam hidup.

Nak kumpul duit untuk beli kereta dan rumah tak susah sangat. Cukup tiga bulan kerja dah boleh beli kereta. Lepas setahun pulak boleh beli rumah. Tapi bab kahwin, 3 tahun pun belum tentu cukup duit.

Zaman sekarang untuk berkahwin macam orang-orang kaya, RM30000 tak cukup. Lagi-lagi kalau kita duduk di tengah bandaraya. Sekarang di kampung pun trend berlebih dalam majlis kahwin juga nampak ketara. RM30000 berapa lama kita nak kumpul? Setahun, dua tahun, tiga tahun?

Saya mengambil kira trend anak muda lepasan universiti. Habis je belajar, kalau dapat kerja Alhamdulillah. Purata gaji RM2500 kalau lepasan Ijazah. Kalau diploma mungkin RM1700. Kalau yang tak dapat kerja dan memulakan bisnes sendiri, kebarangkalian untuk dapat RM30K sekelip mata memang tinggi. Tapi bagi kes biasa, gaji banyak tu takkan nak simpan RM1000?

Memang ada cara untuk simpan duit kahwin. Samada cepat atau lambat terpulang kepada disiplin diri. Saya dah praktikkan masa nak kahwin dulu. Kalau boleh kalian gunapakai, elok juga.

Tips kumpul duit kahwin

1. Jangan terjebak dengan kad kredit. Tak kira apa pun alasan kita, seboleh-bolehnya jangan guna kad kredit. Bahaya..

2. Jangan beli kereta lagi. Kalau boleh minimumkan kos perjalanan ke tempat kerja atau merewang dengan menaiki motor, basikal, LRT atau jalan kaki. Saya dapat simpan RM15K setahun sebab tak beli kereta masa mula-mula kerja dulu.

3. Tambah pendapatan sebanyak-banyaknya. Jadikan bakal isteri sebagai motivasi. Ingat dalam kepala, kalau tak cukup duit bila-bila masa je lelaki kacak yang banyak duit boleh masuk meminang. Tapi kalau dia taknak juga sebab kita sentiasa sengkek.. terimalah suratan takdir. Jangan tanya saya macam mana nak tambah pendapatan. Banyak kerja yang boleh kita buat. Cuma nak dengan taknak je.

4. Kurangkan perbelanjaan. Tips ini kalau kita tak mampu buat tips nombor 3 dengan baik. Belanja yang perlu dikurangkan ialah belanja sewa rumah, sewa telefon, sewa internet, sewa astro dan mengisi perut. Ada baiknya duduk serumah ramai-ramai untuk kurangkan kos sewa. Usah berlagak nak duduk kondominium yang sewanya RM1200 sorang-sorang atas alasan nak keselesaan (baca : senang bawak aweks).

5. Banyakkan berdoa kepada Allah agar dimudahkan dalam urusan perkahwinan. Kadang-kadang walaupun bakal pak mertua mintak hantaran tinggi, tapi sebab kita doa hari-hari Allah bantu kita dengan melembutkan hati pak mertua untuk sponser keseluruhan majlis kahwin kita. Kuasa doa kan..

Lima tips ni yang saya gunakan dulu. Alhamdulillah berjaya mengumpulkan duit untuk kahwin dalam masa tak sampai tiga tahun. Tapi jodoh tak kesampaian, akhirnya duit itu separuh digunakan untuk beli kereta, beli rumah dan sambung belajar. Dalam masa yang sama, saya dapat juga cari seorang isteri yang lebih cute dan memahami.

Dengan tips ini dan bantuan dari Allah saya berjaya simpan, kumpul dan guna duit itu untuk semua urusan mendirikan rumah dan tangga.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hafizul says

    29 October 2012 at 10:53

    Emm terima kasih sharing..haha..betul tu cikgu..masa belum kawin sy boleh simpan duit..smp boleh buat keluar untuk kawin..tapi bila dah kawin, kurnagnya merancnagn dalam perbelanjaan, terus tak cukup duit..adoi..haha

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 October 2012 at 11:15

      bab kewangan kita kena banyak belajar bro. Sebab duit perkahwinan boleh runtuh. Asal anak bini rasa cukup dan tak terabai ok lah tu.

      Reply
      • Hafizul says

        31 October 2012 at 12:05

        emm betul tu cikgu..terima kasih atas nasihat ini..hehe

        Reply
        • Cikgu Hairul says

          31 October 2012 at 12:10

          Sama-sama

          Reply
  2. titan says

    29 October 2012 at 13:34

    haha..aku setuju. setuju sangat..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 October 2012 at 10:42

      jangan cuma setuju je bro.. kena buat jugak. tapi aku tau, duit ko bekepok2.. takyah riso la.

      Reply
  3. Miss Yati says

    30 October 2012 at 00:19

    Tips yang bagus. Bila bercakap pasal pengurusan kewangan, antara perkara yang penting adalah disiplin diri sendiri 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 October 2012 at 10:41

      yang paling penting tu la biasanya yang kita tak fikirkan.

      Reply
  4. muazfaris says

    30 October 2012 at 07:21

    terima kasih tips ni. kena jimat duit la nampak nya..

    berguna sgt utk sy yang sdg menuntut ilmu di luar negara. hihi.. nnti dtg la ye walimah sy..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 October 2012 at 10:39

      Insyallah.. sampai jemputan, sampailah saya. kalau buat walimah di selayang insyallah sampai, tapi kalau buat di mesir susah sikit la. hehe

      Reply
  5. beliamuda says

    1 November 2012 at 20:56

    Tips ni memang sesuai untuk saya. Baru nak masuk 10 bulan kerja. Masih terpinga-pinga untuk dahulukan yang mana satu antara tiga tu.

    Alhamdulillah, simpanan duit tu dapat dibuat walaupun sedikit.

    Reply
  6. anisa says

    5 November 2012 at 15:21

    tips yang orait sgt ni…hehhehe…boleh aplikasi la

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 November 2012 at 19:23

      heheh.. aplikasikan la dik.
      jawab spm biar result gempak ye.
      nanti dah habis spm baru pk pasal ni.. heheh.
      selamat berjuang.

      Reply
  7. cik tom says

    9 November 2012 at 04:21

    tips yg bagus..kena pandai manage duit..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 November 2012 at 08:02

      betul tu cik tom. sekarang ni segala-galanya perlu duit.

      Reply
  8. ohcikgu says

    15 November 2012 at 02:11

    hemm..nak kumpul lah nih..
    banyak kerja kena buat..hoho..baru leh kahwin..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 November 2012 at 08:02

      kerja kena fokus. baru dapat banyak masyukkk..

      Reply
  9. Mister Joe says

    16 November 2012 at 04:54

    weiii… ckup abis graduate ni… kerja, kumpul duet bnyak2 pastu kawen

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 November 2012 at 08:03

      ingat pesanan ini. jangan guna kad kredit.. jangan beli kereta dulu. simpan-smpan dan simpan.. insyallah berjaya.

      Reply
  10. eza says

    3 January 2013 at 01:32

    betul tu nak kawin cepat kenelah berjimat-cermat.. Lagi satu kne saling bantu membantu sesama pasangan untuk kumpul duit kahwin 🙂

    Reply
  11. shaharil says

    3 November 2013 at 08:09

    Tips no.5 tu paling best jika pak mertua sudi sponsor keseluruhan majlis perkahwinan. Tak dapat sepenuhnya, dapat separuh sponsor untuk majlis perkahwinan pun dah kira bagus.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 November 2013 at 07:59

      Banyakkan doa supaya ada orang sudi sponser. Lepas doa, tawakal, usha dan serah segalanya kembali kepadaNya. Insyallah Dia Maha Mendengar akan kabulkan permintaan kita.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in