Subhanallah, bila kita sudah terpedaya dengan iblis, maka sia-sia amal kita. Hati-hati dengan tipudaya iblis ni. Dia tak suruh kita sembah berhala, zina dan minum arak. Cukup dengan membuatkan kita rasa lebih baik dari orang lain.
Zaman ini, ramai yang keluar dari sistem pendidikan arus perdana. Dihantar anak² ke sekolah pondok. Bila besar diharap jadi alim ulamak.
Ramai dalam kalangan kita mengaji pondok. Berkelana mencari ilmu di merata tempat. Menadah kitab-kitab dengan ilmuan besar sampai ke negara Arab.
Bila tamat pengajian berbondong-bondong mereka menerjah masyarakat. Mengherdik, memerli masyarakat kononnya masyarakat jahil. Mereka dengan rasa tinggi diri menyatakan itu salah dan ini salah.
Lalu masyarakat jahil ini pun mencari guru. Maka Allah datangkan seorang murabbi. Ceritanya tak banyak. Asas² sahaja, biasa² sahaja. Yelah, mengajar masyarakat jahil la katanya.
Namun, di mata “alim ulamak” lepasan pondok tadi, masyarakat bodoh ini tak wajar disuakan dengan ilmu macam tu. Boleh keliru katanya. Orang-orang yang mengaji di pondok, belajar sampai luar negara saja boleh belajar ilmu itu. Ilmu itu ekslusif untuk mereka katanya.
Allahuakbar.. tolonglah, jangan pandang masyarakat sedemikian rupa. Ingatlah, Iblis cuma memandang ciptaan Allah yakni Adam kurang sempurna darinya. Itu pun Allah dah janjikan Neraka untuk iblis selma-lamanya.
Ani Haryani says
Moga amalan diterima oleh NYA, ilmu ALLAH itu terlalu luas untuk dikongsi kepada semua, insyaa ALLAH
Wan syahida says
semoga kita terhindar dari semua perkara melalaikan dan memambah dosa.
Khairul Amran says
Aminn