Peringatan buat warga kota. Denggi sedang menyerang. Sana sini kain rentang. Awas kawasan anda diserang denggi.
Ohhh takutnya! Pengalaman isteri masuk hospital disyakki dengi benar-benar buat saya insaf. Sekarang ni pantang jumpa bekas berisi air. Terus telungkup je. Nyamuk Aedes ni pantang jumpa bekas air bertakung, mesti nak bertelur.
Kalau saya balik kampung, saya akan cari tempat-tempat air bertakung ni. Jumpa dan musnah. Itu je misinya. Sangat fobia eh..
Demam denggi boleh jadi wabak yang sukar dikawal. Dalam kenyataan akhbar kementerian kesihatan [download] ada disebutkan perangkaan terperinci kes denggi sehingga 14 April 2012.
Memang betul-betul membimbangkan.
Setakat ni Selangor menjadi penyumbang besar nyamuk Aedes. Puncanya sikap masyarakat yang tak mahu bekerjasama untuk memusnahkan tempat pembiakan aedes. Itu kata pengarah kesihatan Malaysia la. Hakikatnya memang betul pun. Kalau ada gotong royong sikit sangat yang turut serta. Itu melalui pandangan mata kepala saya. Tempat lain tak tahu le.
RM500 untuk seekor jentik-jentik.
Itu harga yang perlu kita bayar kalau pegawai kesihatan jumpa jentik-jentik di premis kita. Biasanya nyamuk aedes bertelur antara 50-500 biji sekali bertelur. Kalau ada 250 ekor je yang jadi jentik-jentik berapa agaknya kita kena bayar?
Sayangilah RM500 anda semua..
mak saya pun pernah masuk hospital seminggu sebab di suspek demam denggi..time tu memang risau betul la..dah la tengah final exam…
Macam tak keruan je bila orang tersayang kena denggi. Masa tu mulalah fikir yg bukan2. Sampaikan tengok baju pun boleh terfikir, sapala yang nak pakai lepas ni.. Hehehe
Denggi bahaya tu..
Memang bahaya..
Rajin-rajin perhati sekeliling rumah.
Lagi-lagi dalam bilik air. Biasanya dalam tangki air kat atas rumah kita tak tengok sangat. Kena pastikan ia ditutup rapat-rapat.
kes denggi semakin membimbangkan. bilalah masyarakat kita ni nak ubah sikap..
samaph merata mana2 pergi ada uhu….
Bila dah ada ahli keluarga yang kena..
kt kg saya mmg depa cek setiap minggu…mmg sbab kt situ ada sawah ada juga air,,ada juga warga2 tua terkena..anak2 mudah smua dh berhijarh ke ibu kota huhu..
Err kat sawah takde ikan ke? Jentik2 kalau kat sawah biasanya ikan je yang baham. Kalau dalam botol tu yg kita kena buang.. Hehe
Kalau seko dah rm500…10 ekor dah bape…meh kita jaga kawasan sekitar kita…kawasan bersih hidupun sihat..
Beribu2 kena bayo. Sebelum duit melayang, beringatlah.
InsyaAllah. Jumpa takungan air pas ni, kena musnah kan…
Musnah jangan tak musnah. Sama-sama kita membenteras denggi. Sabtu ni di sekolah ada gotong royong perdana. Nak ikut tak?
Haha. Sekolah rendah ker?? Sekolah area rumah saya tak jemput saya untuk menyertai.. Esok jer ada gotong royong kat pejabat saya. Hehe
Hapuskan aedes bukan kerana rm500
Tapi kerana tak tahan masuk wad
Tiap hari kena cucuk jarum
Huhu
Biasala kena denggi memang akan ambik darah hari-hari. Baik musnahkan sarang nyamuk tu sebelum kena denda dan masuk sepital.
RM500 tak bernilai kalau dah sakit !
sangat bernilai woo.. nak bayar bil sepital.
bab ni tiada kompromi
hapuskan sebelum kita menjadi mangsa
denggi ni kalo dh smpi berdarah memang bahaye..
Jangan main2 dengan nyamuk AEDES nih,.. boleh bawak maut. Baik beringat sebelum kena.
kena amalkan hidup sihat..
gotong royong juga boleh mengeratkan silaturrahim sesama kita
pehh..mahal gila..
sy penah kene chikungya..bknn sbb x jg kebersihan sekitar..tp pi meredah kat kebun amik buah duku..huhu
Nyawa kita lebih berharga, kalau tak sayang RM500, sayangilah nyawa, itu terlalu bernilai, tak terharga.