Hari ni sudah 27 haribulan. Ramai yang dah dapat gaji. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan. Transformasi keluar dari zon selesa menjadi tajuk perbincangan pada kali ini.
Saya sering dengar perbualan orang-orang yang baru dapat gaji. Mengeluh sebab gaji tak cukup. Bagi alasan bila disuruh bekerja. “Alah buat kerja lebih pun bukan bos nampak”. Ada juga yang kata, “kerja bertungkus lumus pun gaji banyak ni juga. Baik buat kerja biasa-biasa je”.
Kesian juga dengan orang macam ni. Kurang faham hakikat sebenar bekerja. Bekerja kerana bos atau bekerja kerana Allah? Kan Allah yang beri rezeki kepada kita dan bos kita. Buatlah kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Kita akan rasa macam ni bila dah duduk dalam zon selesa. Tanda-tanda seseorang tu duduk dalam zon selesa saya dah pernah cerita. Hari ni saya nak bagi tips macam mana nak keluar dari zon selesa itu.
Pertama: Wujudkan suasana tidak selesa. Perubahan bermula apabila ada rasa ketidakselesaan. Masa tu kita akan ubah cara berfikir, ubah cara bercakap, ubah cara berjalan dan ubah penampilan. Itu semua tak akan berlaku kalau kita dah rasa selesa.
Kedua: Fikirkan kesan baik dari perubahan yang dibuat itu kepada diri sendiri. Bila berlaku perubahan, percayalah ia akan kembali kepada kita juga. Kita berubah bukan untuk bos. Macam-macam kebaikkan kita dapat bila kita berubah. Semua tu kita kena sentiasa mainkan di minda. Berubahlah untuk diri sendiri dan bukan orang lain.
Bukan mudah untuk mentransform diri keluar dari zon selesa. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Salam kejayaan. Selamat berubah.
anif says
Ikhlaskan diri dalam berkerjaya.. Insyallah akan datang keberkatan..
Cikgu Hairul says
insyallah
sweetkurma says
betul tu cikgu, biar ikhlas kerana Allah baru betul… macam akak selalu letak kan diri dalam keadaan terdesak so boleh drive kita terus kerja keras, kalau tak gitu akan jadi malas jer….
uwong jowo memang podo rajiinn…. 😀
Cikgu Hairul says
Podo podo.. Heheh, mau tergeliat lidah. Wes suie ora ngomong jowo.
titan says
betul. jadi sila keluar. jangan masuk lagi. hehe..
Cikgu Hairul says
Keluar masuk zon selesa ni memang kena sentiasa. Kalau tak boring nanti.
cik tom says
gaji ciktom xmasuk lg..sedih..sob3..
Cikgu Hairul says
takpe, duit dari blog mencurah-curah kan.. 🙂