Cuti sekolah dah hampir habis. Alhamdulillah misi percutian kali ini untuk merapatkan ikatan persaudaraan yang dilihat semakin longgar telah berjaya. Kembara dari Kedah ke Johor telah merapatkan lagi hubungan kekeluargaan aku. Aktivitinya dua dalam satu. Kebetulan dua orang sepupu sebelah aku dan isteri berkahwin. Majlis perkahwinan dan juga perjumpaan sanak saudara. Wow! sangat meriah.
11 Disember aku ke Utara bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteri. Sambil-sambil tu keesokan harinya satu majlis penubuhan Persatuan Waris Mukhtar-Puteh dijalankan. Dengan keahlian sejumlah 76 orang terdiri daripada waris Tok Wan termasuk anak-anak, menantu, cucu-cicit dan menantu cucu dan cicit
24 Dis 2011 pulak aku bergerak ke Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Kali ini anak makcik aku yang bongsu. Sangat meriah dengan macam-macam program. Sekali lagi dalam majlis tu sempat jumpa semua saudara mara, makcik pakcik, sepupu sepapat dan sahabat handai. Alhamdulillah sudah rapat semula hubungan ini
Jom layan gambar sekitar majlis ni..
Gambar last ni adalah persembahan tarian kuda kepang. Nama komersialnya ialah Reok. Tarian harimau berbulu merak ini adalah tarian Jawa. Diimport khas dari Parit Bingan.
Apapun percutian kali ini sangat menyenangkan. Rapat sudah hubungan kami sekeluarga baik sebelah aku mahupun sebelah isteri aku. Satu kepuasan.. Percutian yang memang bermanafaat.
Amar says
Aku selalu terlepas aktiviti macam ni disebabkan Proton.
Cikgu Hairul says
Insyallah peluang tu akan datang nanti… Sabo je la bro.
ohcikgu says
wahh, seronoknya berjalan-jalan.. 🙂
Cikgu Hairull says
Seronok dan bersyukur sangat.. Cuma ongkosnya la yang agak kopak.
Juan says
gambar yg last tu x pernah tgk, benda apa tuh
Cikgu Hairul says
Tu la gambar reok. Tarian kuda kepang budaya masyarakat Jawa. Susah nak tengok sekarang ni. Tiada pewaris muda yang sanggup belajar.
rahman says
memang tak pernah tengok tarian tu .. good info ni
Cikgu Hairul says
Ooo.. Tak pernah ke? Sekarang ni dah tak banyak persembahan. Tak ada pewaris.