Aku mulakan Cuti-cuti Malaysia tahun 2012 seawal 7 Januari. Memandangkan masa cuti sekolah macam tak cukup, hujung minggu yang tak sibuk macam ni aku takkan lepaskan peluang pergi bercuti. Dah lama teringin nak ke sini. Walaupun tiap kali balik kampung lalu kawasan ni tapi kesempatan untuk singgah tak ada.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi tak sampai 45 minit. Dari Lebuhraya Karak terus masuk susur Berjaya Hill Resort melalui jalan kecik yang agak berliku. Sampai-samapi je kat sana terus buat bayaran masuk. Bayaran dewasa RM12 dan kanak-kanak RM8. Untuk mereka yang nak check in di hotel boleh terus ke Colmar Tropicale. Dari situ boleh meneruskan perjalanan menjelajah Bukit Tinggi.
Aku cuma pusing-pusing je kat hotel tu. niat di hati nak bermalam. Memandangkan dari rumah ke sini cuma 45 minit rasa tak berbaloi pulak menghabiskan RM300++ semata-mata nak bermalam. Lepas pusing-pusing terus pergi menjelajah.
Jelajahan pertama di Japanese Village. Tempat ini adalah kawasan macam di negara Jepun. Ada rumah, spa, hotel-hotel penginapan dan landscape ala-ala Jepun. Pengunjung boleh menyewa pakaian Tradisonal Jepun Untuk Bergambar. Rumah-rumah yang diperbuat daripada buluh dan kayu membuatkan aku kagum. Landscape kolam dan sungai digabungkan bersama ikan kap merah menyerlahkan lagi suasana kampung ini.
Rasanya tak lengkap sesebuah perkampungan Jepun tanpa Spa. Tengok la budaya jepun dalam cerita-cerita TV, mesti ada Spa untuk mereka merehatkan badan setelah seharian bekerja. Di sini pun kita boleh pergi Spa. Bayarannya berapa tu aku tak tau la. Takut nak masuk..
Lepas ronda-ronda Japenese Village, sebelahnya adalah Orchid Farm. Orchid Farm ni dikatakan sebagai Orchid Farm terbesar di dunia. Malangnya masa ni tak ada pun bunga yang cantik. Ramai juga pengunjung yang kata tempat ni cuma indah khabar dari rupa. So takde la aku jelajah lebih-lebih.
Tempat seterusnya yang patut dilawati ialah Rabbit Farm. Oleh kerana arnab tu boleh aku tengok kat belakang rumah je aku tak singgah pun. Cuma berhenti depan gate je. Bayaran masuk RM3. Kalau rasa nak tengok arnab tu masuklah ye.
Banyak lagi tempat menarik yang belum aku lawati kat Bukit Tinggi. Memandangkan kesuntukan masa aku tak sampai pun 4 jam kat sini. Tu pun penatnya ntah macam hapa ntah. Yang sebenarnya malu nak bergambar kat sini. Masing-masing bawak DSLR lens panjang sedepa. Aku cuma berbekalkan Nokia E5 ni je. Segan la pulak nak snap gambar banyak-banyak. Heheh.
Insyallah kalau ada masa lapang atau hujung minggu yang tak ada apa-apa program bolehla melawat sekali lagi. Lepas ni nak berbasikal, menunggang kuda dan flying fox pulak. Jom cuti-cuti Malaysia.
anif says
Wahaha.. Best juga dapat jalan-jalan ni walaupun sekejap. Menenangkan jiwa tentunya..
Cikgu Hairul says
Mengisi masa lapng dan gunakan masa yang terluang sebaiknya bro. Nanti dah tengah tahun tak tau apa kerja menunggu.
wawa says
sy nk tya cikgu skit..ada x hotel yg bedekatan tmpt 2?sbb jbtn yg sy keje nk pegi buat kursus..
Cikgu Hairul says
Ada hotel Colmar Tropicale. Cuba riki-riki harga. Saya tengok kat web harga dalam RM200++/night.
Amar says
Flying Fox konon… Aku ajak join rock climbing tinggi lutut pun gayat, ada hati nak layan flying fox. Poooorahhhh…
Cikgu Hairul says
Hehehe.. naik batu tu keras ma. Flying kan lembut cam angin. Aku nak apply ilmu hikmat meringankan badan yang baru abis aku tuntut tu. Hehehe
titan says
wahh..best la..sempat gi jalan-jalan..
Cikgu Hairul says
Memenuhi masa lapang bro.. Beringat sebelum tiba masa bizi. Hehe
b3njy says
Nampaknya benjy tidak berkesempatan nak cuti-cuti malaysia.
b3njy says
Harap2 tahun depan kalau ada rezeki boleh lah cuti2 malaysia pula 😀
Cikgu Hairul says
Cuti Bro Benjy kan banyak lagi. Ambik je la cuti.. Santai2 rehatkan minda.
chii says
seronoknya skali skala dpt cuti2 malaysia kan..leh release stress
Cikgu Hairul says
ni tengah tak berapa bizi bolehla selit2 program tu. kalau tiba waktu bizi, stress macam mana pun tak dapat nak release.
AyieBlog says
Assalamualaikum, wah best cikgu.. saya teringat nak travel satu malaysia,sebab dalam travel kita boleh lihat bermacam-macam ragam manusia.. hehehe, bukit tinggi saya harus pergi.. nanti, suasana dia santai 2 syok… :)..
Cikgu Hairul says
Waalaikumsalam Ayie. Bagus tu.. buat jalan-jalan cari pengalaman. Kalau berkonvoi lagi best. Macam-macam aktiviti boleh buat. Dari utara sampai selatan. Kalau nak ikutkan banyak tempat dalam negara ni yg belum pun kita jejak.
iza says
Assalam..
Tak sampai lagi Bukit Tinggi ni…
tertarik dengan konsep Jepun tu, cantik la..
Cikgu Hairul says
wslm, kalau ada masa pegi la.
Hanif says
Bila cerita tentang Flying Fox teringat masa pengakap dulu buat gadget flying Fox…
Tapi lawa ler Japanese Village
Cikgu Hairul says
Pengakap? Sama la kita… Hehehe. Masih berkelana ke bro?
hatiputera says
saya masih lagi tidak dapat bercuti kerana komitmen kerja,,,
Cikgu Hairul says
Esok cuti raya cina boleh la pegi.
ohcikgu says
tak sempat pergi bercuti. waa..
Cikgu Hairul says
Cikgu, cuti panjang kan ada hehehe..
Khidhir says
lama tak pergi dah bukit tinggi ni. pernah pergi sekali je bbrapa tahun lepas
Cikgu Hairul says
Ambik kesempatan cuti ni utk pegi pun ok gak..
suri says
blh pi ni hurm..masukkan dlm dairy dulu heeee
suri says
wah best tu ciku jln2 heeee.. aik tak kan pi sorang jer hee..
ada buah tangan yg d beli d sana ker?
ciksembang says
saya dah 3 kali ke sana. 2 kali atas urusan kerja. tapi rasa macam dah tak nak pergi lagi. dari satu blok ke satu blok jauh utk berkursus.. biliknya besar tapi scary..maklumlah dalam hutan
Kak Long Mawar Merah says
Dulu rajin juga bercuti ke Bukit Tinggi. Sekarang ni, bila ajak, semua menolak. Ahli keluarga macam dah bosan nak ke sana, cuma Kak Long aje tak bosan dengan suasana yang menghijau tu.
Cikgu Hairul says
Kak Long kena cari tempat yang lebih menarik lagi. Cuti-cuti Malaysia..
Achik Ezz says
Tak best la bukit tinggi..xde apa pon yg best…dgr promo mcm best tapi xbest pon…
Zizan says
Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.
Ahmad Aki says
salam ziarah. menarik dan sangat berguna. satu hari nanti nak pi jalan2 sana gak. Jemput lawat blog saya https://ahmadaki.wordpress.com/ ada cerita tentang cuti-cuti malaysia juga
Cikgu Hairul says
Insyallah saya akan buat lawatan.
Kita Holidays Travel & Tour Indonesia says
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : [email protected] / [email protected] / [email protected].
Henrietta Jose says
salam perkenalan…tq atas info…mmg teringin sgt nak kesana…
KHAIRUL AMRAN says
salam perkenalan juga dari saya. cari masa cuti yang sesuai. esok lusa dapat la pegi tu..