Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Cintailah seadanya. Bencilah sewajarnya..
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Lautan mana yang tidak dilanda gelora.
Macam tu la kehidupan kita. Sering dilanda ujian. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk kesukaan, kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang paling kita benci.
Allah tidak menimpakan sesuatu ujian kalau kita tidak mampu menghadapinya.
Kisah motivasi ini buat hati ini tenang, tenteram dan tidak lagi menyalahkan takdir. Jiwa yang di dalam keresahan dek ujian yang mendatang kadang-kadang membawa kepada kekufuran. Banyak gangguan yang datang di kala hati tidak tenang.
Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
Siapa yang tidak kenal dengan penulis buku ini. Ustaz Kazim Elias seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi di Malaysia. Perkongsian yang bersahaja melalui penceritaannya sangat terkesan di jiwa. Buku setebal 317 ini mampu membuatkan kita tersenyum, ketawa dan sedih. Kadang-kadang buat hati ini geram dengan gelagat manusia yang menerima ujian. Kadang-kadang juga saya malu dengan gelagat diri tika Tuhan menguji.
Doa
Sepanjang hidup kita sudah berapa kali kita diuji? Berjayakah kita? gagalkah kita? atau kita masih terleka. Doa ini sesuai dibaca dan dijadikan amalan.
Ya Allah janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana telah Engkau bebankan kepada orang sebelum kami.
Ya Allah janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikulnya. Ampunilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tologlah kami.- Al Baqarah- 286.
Allah tidak menimpakan sesuatu ujian kalau kita tidak mampu menghadapinya.
Betul tu bro. Bila ada ujian yang kita dapat tu maknanya kita mampu la tanggung.. Takyah mengeluh2 sangat. Benda ni kena selalu diingatkan..
kadang-kadang bila diuji,kenapa kita cepat untuk putus asa??kenapa kita tak set dalam pemikiran kita yang ujian ni menunjukkan betapa sayangnya Allah pada hambanya???haiya..sy sendiri pun kadang2 bila diuji, mudah sgt nk mengalah…
Biasalah tu kan sifat manusia..
pecinta buku2 koleksi agama..bagus2 stu motivasi baik tuk diri
novel jiwang pun iyea juga.. Hehehe 🙂
lepas ni bleh buat review untuk Didik Anak Cara Rasulullah pulak.. hehe
Insyallah..
betul sangat2…kalau kita ingat kembali sepanjang kita hidup sebelum hari ini, tentu kita telah melalui banyak waktu2 sukar…renung kembali ada ke yang kita tidak boleh melaluinya….BOLEH kan..?
alhamdulillah…hidup sentiasa di uji…bersyukur kerana kita boleh melewati waktu2 itu…
ujian juga satu nikmat.
ujian diturunkan setakat yang mampu dihadapi manusia. Sentiasa di uji bermakna akan menjadi lebih baik
ujian, satu penanda aras kepada keimanan.
Betul tu.
dah lama tak baca buku tebal-tebal macam ni..
Baca Quran bro, lagi tebal daripada buku ni. Hahaha
salah satu tanda Allah menyayangi kita adalah dengan ujian yang diberiNya
btul..tuhan x lupa kat kita..bgus kan? 🙂
itu sudah pasti.
Susah/sakit/mewah/ adalah ujian Allah. Alangkah ruginya jika kita tidak diuji
Sentiasa bersyukur bila diuji..bila susah hati,lusuh sejadah disujudnya,terhakis biji tasbih digentelnya,time dilanda ombak syahdu camni,baca quran sampai satu juzuk pon tak rasa penat..ngeh ngeh hehhe..
Tu tandanya ALLAH jaga kita.nak bagi kita selalu rapaaaaaat dengan DIA.sweet kan perancangan ALLAH.