Hari ni baru saya tau, alamat rumah kita ditentukan oleh pejabat pos. Selain dari menghantar surat, mereka juga bertugas menetapkan alamat sesuatu tempat.
Sekeping poskad dari Pos Malaysia membongkar segala cerita. Patut la masa saya beli rumah ni, alamat di dokumen perjanjian lain, dalam bil air lain. Sekarang disuruh tukar lagi alamat tu.
Untuk memudahkan urusan, semua maklumat surat menyurat kena tukar juga lah. Takut-takut surat tak sampai pulak. Maknanya setakat ni saya dah ada 3 alamat rumah walaupun rumah yang sama. Dulu duduk di bawah selangor, sekarang dah jadi orang KL.
Terima kasih Pos Malaysia. Besar betul jasa korang. Kalau tak, dah tentu ramai yang akan tersesat sebab tak jumpa rumah dimaksudkan.
oh yer ker…bukan majlis yang tentukan…tak tahu lak saya….dulu masa beli apartment alamat rumah follow S&P decide to majlis bandaran…..hehe
Saya pun tak pasti. Mungkin juga yang ni untuk surat menyurat je kot.
Tak terfikir pulak pasal tu…! Pos Malaysia bukankah hanyalah sebuah organisasi perniagaan?
Memang dia sebagai sebuah entiti perniagaan. Tapi yang peliknya camna dia boleh hantar surat cam tu.. pelik juga.
PESANAN NI MEMUDAHKAN UTK MASA DEPAN.
baru tahu juga ada perkhidmatan ini yang ditawarkan oleh pihak pos..
Baguslah, sekurang2nya surat kita kompom sampai rumah,..
Baru tau ni. Maksudnya kita kena pergi pejabat pos la untuk tentukan alamat rumah kita yang sebenarkan.
tak la. pos malaysia yg akan hantar ke rumah kita beritahu alamat baru tu.
mesti ramai yang sesat nak pi rumah hang ni. haha..
tak sesat la. posmen je yang kadang2 sesat hantar surat.
Macam mn cara nak tahu alamat rumah sendiri yang betul..kalau ikut alamat yang sedia ada surat memang tak sampai..
Tak pasti la pulak. Haritu pos Malaysia yang hantar poskad pemberitahuan alamat yang sepatutnya kita gunakan dalam surat menyurat. Tak ada apa² permohonan pun dibuat. Tau² sampai je poskad dari Pos Malaysia