Baru-baru ni, blog saya mengalami masalah kritikal. Puncanya server selalu down. Setiap kali down mau dua tiga jam. Ada kalanya lebih 8 jam. Sapa yang tahan. Walaupun belum habis tempoh iaitu bulan 12 tahun ni, saya tekadkan hati untuk pindah juga.
Disebabkan kes ini, saya terpaksa menolak tawaran beberapa pihak yang ingin meletakkan advetorial di sini. Rugi kan? Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Silap langkah dalam pemilihan hosting, membawa padah yang besar buat kita.
Alhamdulillah, hari Ahad lepas, blog ini berjaya dipindahkan ke server lain yang mempunyai support servis yang sangat mantap. Sebenarnya sudah lama saya berurusan dengan penyedia hosting ni semasa menyelengara beberapa blog client. Cuma kali ini barulah saya tergerak hati nak perpindah.
Dipendekkan cerita, perpindahan itu cuma mengambil masa tak sampai dua jam. Dari mula buat bayaran, sampailah blog ini muncul semula. Sebetulnya propragrate dns dari penyedia domain juga sangat mempengaruhi. Alhamdulillah, Godaddy cepat pulak menukarkan dns saya. Kalau ikutkan ambik masa 24-48 jam jugak. Syukur sangat Allah permudahkan.
Hahaha.. mukaddimah je dah empat perenggan. Tutorialnya tak juga ada. Mudah je nak bertukar hosting. Jadi saya fikir tak perlulah kita pening-pening kepala.
- Buat tempahan hosting di syarikat hosting pilihan dan buat pembayaran.
- Tunggu akaun diaktifkan. Satu email Hosting Login Info akan dihantar. Bergantung kepada kepantasan perkhidmatan syarikat jugak. Kalau lembab buat kerja, 24 jam pun belum boleh aktif lagi. Hosting yang saya duduk sekarang ni, tak sampai sejam dah aktif.
- Langkah seterusnya, hantar support tiket minta pada staff bertugas untuk memindahkan file termasuk database dari hosting lama ke hosting baru. Sertakan sekali maklumat cPanel hosting lama untuk mereka excess seperti login url, username dan password. Cukup sekadar itu.
- Lepas selesai urusan mereka akan email semula pemberitahuan mengenai urusan perpindahan telah selesai.
- Kemudian, kita tukarlah DNS berdasarkan maklumat yang kita perolehi di step no 2. Tunggu sampai DNS selesai propgrte.
Ini adalah tutorial mudah berpindah hosting yang tidak melibatkan transfer domain. Kalau melibatkan transfer domain mungkin agak sukar sedikit memandangkan kita perlu mendapatkan code dari pihak hosting lama.
Kepada mereka yang telah menggunakan cloudflare, jangan risau. Semuanya boleh selesai dengan hanya menukar dns setting di dalam akaun anda.
Saya harap tutorial mudah ini dapat membantu rakan-rakan yang sedang di dalam delimma. Saya tengok ramai juga blogger yang mengeluh hostingnya down berhari-hari.
hafiz says
setakat ni domain saya tak mendatangkan masalah…
Cikgu Hairul says
domain jarang beri masalah. Yang biasanya hosting.
Hairul Azni says
Sejam je tempoh bro?Cepat tu..
Cikgu Hairul says
memang cepat. Sebelum ni pernah juga berpindah sekali, takdela secepat ni. Servis terbaik camtu yg orang suka.
anif says
Kena cari hosting yang betul-betul bagus ni.. Kalau tak susah!
Cikgu Hairul says
jadi pengajaran berguna bro. Serik dah jadi camni.
WRizuan says
huh memang jiwa kacau bila hosting down…tambah plak servis tak layan huh
Cikgu Hairul says
Sebab tu la saya cari jugak yang customer servicenya terbaik. Kalau pakej je bagus, tapi servis tak bagus, sesak nafas juga. Kita nak berurusan dengan mereka selepas membeli harapnya mudah. Tapi bila sebaliknya….
titan says
setakat ini, gua masih bersabar lagi.
suri says
haa tahu tak per ya en titan
Cikgu Hairul says
Baguslah macam tu bro. Blog backup bro banyak. Takde la risau pendapatan merundum kalau cuma 1 je blog yg down. Hehehe
Amirez says
pernah pindah hosting dulu. pihak hosting baru mintak EPP code untuk proses.
Cikgu Hairul says
Owh.. yang tu kalau kita nak pindah sekali dengan domain. Macam kes saya, domain saya letak di godaddy. So cuma bukak domain controll panel dan tukarkan je DNS kat situ.
Sharafie says
memang bengang kalau dah berjam-jam down..hehe..
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah masih boleh bersabar dan tak mencarut-carut kat fb dan twitter dia.
hafizmd says
Pindah ke godaddy ek? Cayalah. Kalau yg ni, mmg gua respek habis.
kalau down, mmg kita boleh sabar…tp kalau tiap2 hari nak kena mengadap down down and down…ambe rasa inilah langkah paling tepat
Cikgu Hairul says
Domain memang asal beli kat godaddy.. Cuma hosting je yang baru pindah.
Mus says
semangat akan down bila blog down..
saya pernah juga mengalaminya sendiri
Cikgu Hairul says
Rata-rata blogger pernah alami. Yang peliknya, kenapa syarikat penyedia perkhidmatan taknak ambil peluang ni untuk sediakan perkhidmatan yang terbaik.
TehR says
bila pengguna hilang sabar
peniaga pasti terima akibat
Cikgu Hairul says
susah betul nak menjaga kastema sorang ni. saya percaya semua pun macam tu juga kan..
Mak lagenda says
Kalau blog down, tuan punya blog pun down sama…mood pun ikut down..dan pendapatan sampingan melalui blog pun mmg down jugak la kan..
Cikgu Hairul says
Betul tu mak.. nak shopping pun takde selera. Nak bercuti apatah lagi.
Aya says
kalau server selalu down, pembaca blog boleh bosan.. dan lebih baik berpindah hositng… 🙂