Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Ubat Mengantuk

Ubat Mengantuk

31 October 2011 by Cikgu Hairul

Pernahkah korang merasa sangat mengantuk? Rasa mengantuk sampai nak bukak mata pun tak boleh. Aku selalu sangat menghadapi situasi macam ni. Lagi-lagi masa drive. Perjalanan jauh dari utara ke selatan di panas terik mentari menyebabkan aku boleh terlelap. Sangat-sangat bahaya!

Dulu masa aku kerja shift malam, mengantuk adalah sesuatu yang biasa. Bila berjaga seharian mengantuk tak dapat dielakkan. Memandu juga macam orang mabuk. Ke kanan dan ke kiri. Silap-silap terbalik kereta dan total lost.

Masa belajar jugak selalu mengantuk tahap gaban. Lagi-lagi kalau lecturer yang mengajar tu cuma cakap sorang-sorang. Ramai yang bertafakur dalam kelas. Tersengguk-sengguk mengiyakan setiap kata lecturer.

Dalam masjid sewaktu khatib baca khutbah jumaat juga selalu mengantuk. Ini kerja syaitan. Lepas abis je khatib baca khutbah segar bugar mata tu.

Mengantuk ni tak boleh ditahan-tahan. Pernah dengar berkenaan sabun tahan mengantuk? Aku pernah beli dan guna sabun ni. Kesannya sangat menakjubkan. Aku masih juga mengantuk walaupun habis sebuku ku sapu di muka.

Macam-macam petua dah diguna. Ada orang kata makan gula-gula. Ada oang kata basuh muka. Ada orang kata minum kopi. Adakah semua petua tu dapat menahan diri dari mengantuk? Aku rasa tak berkesan kat semua orang.

Satu je ubat mengantuk. Tidur. Kalau mengantuk masa drive, berhenti kejap dan tidurlah. Kalau dalam kelas mengantuk, tidurlah sekejap. Cikgu jangan marah pulak kalau ada anak murid tidur ye. Bila kita tahan mengantuk, otak akan jem. Mungkin mata terbuka tapi otak tak berfungsi. Satu kerja pun tak jadi. Sebaiknya lelapkan mata dan rehatkan otak seketika.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. wandisini says

    31 October 2011 at 15:24

    memang betul tu. mangantuk tu tidur je lah. tapi kalau dah asik tidur je sampai semua kerja tak buat. boleh bikin marah ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 October 2011 at 21:09

      Kalau banyak tido sgt tu da dikira penyakit. Kena byk bersenam supaya tak kena maki dgn bos.

      Reply
  2. Pacifista says

    31 October 2011 at 22:59

    aku kalau mengantuk,tak nescafe kopi pun jadi.terus hilang mengantuk ๐Ÿ™‚
    kalau tengah drive pulak,aku biasa bawak bekal red bull dan snikers.buat ubat ngantuk tu ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Mirul says

      31 October 2011 at 23:20

      Aku pun dulu boleh gak kawal ngantuk ngan nescafe. tapi bila dah selalu buat dia jadi imun pulak. langsung tak berkesan.

      Reply
  3. sollehahn says

    1 November 2011 at 10:14

    aku mmg ada problem mengantuk…klu dok kt office mmg terlelap kt depan laptop…minum kopi, nescafe, makan gula2…suma tak jalan…tetap gak mengantuk…haih…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 November 2011 at 10:15

      Tidur kejap. 5 minit pun jadik la..

      Reply
  4. RerameUngu says

    1 November 2011 at 14:18

    btol tu..dapat lelapkan mata dlm 5 minit pun dah cukup nak celikkan mata n minda..

    n satu lagi cara boleh buat is:

    duduk tegak. genggam tangan (mcm genggam penumbuk) dan lepaskan sambil tarik napas..ulang 10 kali.

    sumtime ngantok berpunca dr kurangnya oksigen naik ke otak. dn jugak kurang rehat:)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 November 2011 at 15:08

      Thanks bg tips tambahan untuk kongsi bersama..

      Reply
  5. Amar says

    1 November 2011 at 20:36

    1. Total lost tu jangan sebut kuat-kuat. Sedih koi mengenangkannya.
    2. Kalah panglima kerana mengantuk. Kalah mengantuk kerana risau. Kalah risau kerana mengingati Allah.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 November 2011 at 20:40

      Hehehe… macam ada sejarah jer.

      Reply
  6. simanis says

    1 November 2011 at 20:59

    kalau saya mengantuk,
    saya akan menyanyi sambil memandu tu…
    saya akan kunyah kacang…
    kalau tak hilang juga,
    saya stop kat rehat dan rawat dannn…zzzzzz…
    hehee…

    salam kenal cikgu…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 November 2011 at 23:48

      kalau berenti rehat, tengok kanan kiri dulu. takut2 ada penjenayah.

      Reply
  7. esemar says

    10 November 2011 at 14:08

    Memang mengantuk ni tak tahu nak buat macamana. Dulu masa di sekolah lagi aku kene baling kapor, duduk di belakang bila dah kena baling terus je tersedar. Bila kene paksa solat isya’ solat juge tapi… tau-tau tahiyat akhir… Yang dahsyatnya semasa memandu tau-tau kereta dah kat sebelah kanan… semua kete hooonnnn baru tersedar… Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku…
    Tapi perkara mengantuk tu aku rase kalau kene marah baru hilang mengantuknya kot…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 November 2011 at 23:12

      Nasib baik kan.. Kalau tak dah tentu sekarang duduk dalam.

      Reply
  8. ohcikgu says

    13 November 2011 at 22:02

    memang pernah guna sabun aqura tu. memang rasa segar juga..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 November 2011 at 23:13

      Owh.. Berkesan ke kat cikgu? Kat aku agak kurang berkesan la pulak. Macam tak de beza je.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in