Saban tahun ujian besar ini datang. Kalaupun tidak menimpa kita, pastinya ahli keluarga, sahabat-sahabat, jiran atau rakan-rakan jiran pasti ada yang kena.
Sabarlah.. persediaan selama lima tahun takkan tak mencukupi untuk menghadapi ujian ini? Dalam sejarah ujian, mungkin ini ujian terpanjang yang perlu dilalui. Berjaya atau tidak bukan dapat dinilai la la tu jugak. Ia mengambil masa yang agak lama.
SPM satu bentuk ujian!
Inilah yang pernah dikatakan kepada saya satu waktu dulu. Ia menentukan survaival kehidupan orang Malaysia. Gagal SPM orang anggap gagal segala-galanya. Nak masuk universiti susah, nak mintak kerja kerajaan susah, nak mintak kerja swasta pun susah. Pendek kata tanpa SPM semuanya susah. Sampaikan nak buat bisnes sendiri pun ada kalanya susah tanpa SPM.
Dah itu tanggapan orang, nak buat macam mana? Berhempas pulaslah anak-anak ini siang malam tuisyen bagai nak gila mengejar kecemerlangan. Sampai ada yang lupa, kecemerlangan hakiki yang patut dikejar. Kecemerlangan di dunia dan akhirat mesti dikejar serentak. Bagi golongan yang beringat, berbahagialah mereka kerana berjaya menyeimbangkan apa yang hendak dikejar.
Sekali lagi saya tekankan, SPM satu bentuk ujian! Bukan sahaja kepada si anak, malahan kepada keluarga. Ujiannya berat.. tersangat berat. Gagal ibu, bapa dan masyarakat dalam ujian ini maka akan lahirlah golongan yang hanya mementingkan kecemerlangan dunia semata-mata.
Besarnya ujian yang datang. Ia berulang setiap tahun. Adakah kita mampu menghadapi ujian ini?
zool says
semoga adik2 dapat menjawab dengan tepat
Cikgu Hairul says
Itulah harapan kita semua.
azam rashid says
yup ujian yang paling getir hahah spm , tapi ia bukan penghujung kehidupan
Cikgu Hairul says
penghujung kehidupan itu cuma satu tanggapan masyarakat je. bila dah jadi tanggapan, ia akan melahirkan satu tindakan yang kita nampak sekarang ni lah.
Jebeng Otai™ says
persepsi itu sbnrnya perlu dibtulkan..jgn pula hukum mereka yg gagal spm..ade kaedah lain yg lebih sesuai utk mereka yg tidak berjaya..
titan says
teringat masa study last minute masa spm dulu. hehe..
Cikgu Hairul says
uih.. last-last minute pun boleh cemerlang, kalau awal tahun tingkatan 4 dah stat study agaknya boleh jadi super cemerlang nih.
donnyien says
spm saya cukup-cukup makan je.. hehe, tapi bsyukur skrg tak lah melarat sangat