Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Universiti Bukan Tempat Mendengar Kuliah Sahaja

Universiti Bukan Tempat Mendengar Kuliah Sahaja

30 October 2014 by admin

gerbang unimap
Tempat Mengutip Ilmu dan Pengalaman

Fungsi universiti lebih luas daripada apa yang kita fikirkan. Jangan sempitkan minda dengan andaian bahawa, universiti cuma tempat pelajar mendengar kuliah dari pensyarah sahaja. Pegi kuliah, dengar pensyarah membebel, buat asigmen, datang exam dan cukup haul maka grad la sebagai seorang graduan. Kalau itu yang berlaku, kelak graduan menjadi kaku macam graduan generasi baru sekarang ni. Graduan generasi Y yang diasak kanan dan kiri oleh masyarakat supaya hanya belajar, belajar dan belajar. Malahan ada ancaman kalau seseorang pelajar itu mengikuti aktiviti luar terutamanya mengikuti perkembangan politik tanah air.

Tengok saja bila mereka keluar bekerja. Cara kerja, cara komunikasi, cara menyelesaikan masalah kebanyakkannya memang fail. Sampaikan persepsi mereka yang sudah lama bekerja melihat graduan baru ni “sampah universiti”.

Tak semua macam tu. Tapi rata-rata macam tu la keadaannya. Mereka yang hebat, pandai berkomunikasi, punya problem solving yang bagus, biasanya bukan graduan 4 flat pun. Mereka biasa-biasa je. Lulus dengan ijazah kelas kedua. Pernah mengulang matapelajaran, pernah gagal dan mungkin juga extend beberapa samester. Bukanlah bermakna itu yang diharapkan.

Mereka jadi macam tu bukan sebab malas belajar. Kadang-kadang tu sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, joint program universiti, aktif sukan, joint aktiviti interversiti. Pendek kata masa di universiti digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman. Pengalaman ini yang akan dibawa dan dijaja kepada majikan untuk mendapat pekerjaan. Kalau setakat dapat segulung ijazah kelas pertama, dengan rekod kegiatan di universiti zero, mungkin cuma kerja kerajaan je yang mampu menerima graduan macam ni. Tapi hasilnya tengoklah apa yang graduan cerdik ni mampu hasilkan.

Seorang lecturer aku pernah membebel dalam kelas masa tahun pertama aku di universiti. Lecturer tu pesan “aku mengajar korang dalam dewan ni bukan nak bagi korang pandai, semua ni cuma nak bagi otak korang terbukak bila ada masalah mendatang, korang tahu apa nak buat dan dimana nak cari tempat pertolongan”.

Memang betul kata lecturer aku, Prof Madya Zainuddin Abd Razak (mungkin sekarang dah prof penuh kot), yang suka berengkau aku je dalam kelas. Sampai sekarang bila aku ada masalah, terus teringat cakap dia.

Gunakan masa di universiti sebaiknya. Berbaloi la terkejar-kejar, sibuk, penat dan dapat ilmu dengan pinjaman ptptn yang terpaksa kita bayar nanti. Hasilnya datang kepada kita jugak. Kan tak berbaloi, bayar mahal tapi cuma dapat ijazah je. Pengalaman lain tak ada. Bila kerja satu apa pun tak tau buat. Sampai nak buat proposal pun tercungap-cungap.

Sebagai ibu bapa, tolonglah buang pandangan kolot yang masih bersisa. Biarkan anak aktif di universiti. Kita cuma sokong dan bagitau kepada mereka erti keberanian dan kebodohan. Dua sifat tu sangat besar bezanya. Jangan disekat minat mereka. Jangan disekat kebolehan mereka. Kita taknak lihat satu tragedi berlaku di zaman kita jadi atuk-atuk lantaran dari sikap anak-anak kita yang menjadi pemimpin satu hari nanti.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. nohas says

    30 October 2014 at 10:13

    ya, betul…technical skills and soft skills sama penting untuk berjaya dalam kerjaya..

    Reply
  2. TehR says

    30 October 2014 at 18:33

    ya, aku dah lama faham benda ni
    ada orang pandai yang bodoh
    ada orang bodoh yang pandai

    Reply
  3. titan says

    30 October 2014 at 22:56

    semua pensyarah aku..memang ko aku..ko aku je.

    haha..

    rasa seram gak bila jumpa spesies sendiri.

    Reply
  4. Pahan says

    30 October 2014 at 23:38

    setuju bro. mana boleh mcm tu. tak berkualiti kalau mcm tu. kena banyak yg terlibat dengan aktiviti luar gak. kan kan

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      31 October 2014 at 10:30

      betul tu.. tapi tu la, orang tak paham, masuk universiti disuruh belajar, belajar dan belajar. Nak kawin pun tak boleh 🙂 heheh. ops..

      Reply
      • Pahan says

        1 November 2014 at 10:21

        haha. part kawen tu setuju.hehe

        Reply
  5. Amar says

    1 November 2014 at 08:36

    Silabus di Universiti pun ada memberi pengaruh juga. Contohnya dalam bidang Computer Science, masih gunakan silabus 15 tahun lepas.Siapa nak disalahkan?

    Kenapa graduan Computer Science dua tiga kerat jer yang tahu Linux dan BSD?
    Kenapa bila tak ada Adobe Photoshop, takleh buat design? Photoshop jer ker yang ada dalam dunia ni? Buat website cuma boleh tengok kat Internet Explorer jer… Firefox mana? Chrome, Safari, Opera mana? Tak support. Format gambar kenal JPG dengan GIF jer. Format TGA, PNG, PSB tak pernah tahu…

    Asal cerita website jer, masing-masing sebut HTML. Yang lain tak tahu, sebut PHP, Python, ColdFusion tercengang. Camtu kata graduan Science Computer? Graduan multimedia tapi tak tahu apa tu dron, Aerial Videography, Panorama Video… Apatah lagi Hologram. SEdih.

    Reply
  6. Oja Samid says

    2 November 2014 at 01:14

    satu kerugian kalau hanya pandai menghafal nota n dapatkan result cemerlang semata2, kan? kejayaan sebenar adalah lebih daripada sekeping sijil. Bak kata Prof Madya Zainuddin tue lah, waktu di U nie memang kena gunakan elok2 untuk tambahkan nilai pada diri.

    Reply
  7. Ani Haryani says

    3 November 2014 at 17:18

    Seriously, rindunya zaman belajar. Betul,sebenarnya memang terkejar2 bila aktif , tp pengalaman tu yg paling mahal dan tak ley dijual , yakin diri, solve problems, communication skills. Alhamdulillah, terima kasih atas segalanya 🙂

    Reply
  8. azimah mohd zainuddin says

    12 November 2014 at 16:13

    Pensyarah kena main peranan lebih untuk tackle Gen Y ini

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      13 November 2014 at 13:14

      Dah satu keja lagi buat pensyaraah.. stress.. tapi tu la, gen y kalau tak ditangani memang mendatangkan stress

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in