Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Untuk Mereka Yang Bertungkus Lumus Cari Duit Nak Jadi Kaya

Untuk Mereka Yang Bertungkus Lumus Cari Duit Nak Jadi Kaya

1 May 2014 by admin

Penat KerjaBekerja bukan satu-satunya asbab untuk seseorang itu menjadi kaya. Ada yang bekerja bertungkus lumus setiap hari dan dapat banyak duit, tapi tak juga jadi kaya raya.

Ada pulak yang kita nampak cuma goyang kaki, tak nampak pun kerjanya, tapi semua benda dia ada. Pendek kata, dia nampak kaya walaupun tak nampak bertungkus lumus bekerja. Pelik kan?

Ingatlah, kaya itu bukan milik kita. Bekerja walau sampai terkeluar bijik mata pun kalau pemilik kekayaan itu tidak mengizinkan kita menjadi kaya, nescaya sampai bila-bila kita tak kaya. Kalau Dia berkehendak kita kaya, tanpa bersengkang mata bekerja bagai orang gila pun kita boleh jadi kaya.

Namun, percayalah pada hakikat ini, kalau kita sentiasa berusaha lalu menyerahkan segalanya kepadaNya, walau kita tak kaya tapi kita rasa selesa. Semua cukup bagi kita. Bukankah itu yang lebih mengembirakan?

Selamat menyambut Hari Pekerja. Rehatkan minda, jiwa dan tenaga. Tak payah nak stres-stres sangat bekerja. Buat kerana الله nescaya kita akan rasa tenang sepanjang masa.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. puteri kasih says

    1 May 2014 at 23:54

    Setuju dengan entri ini…kalau kita kerja semata-mata nak menjadi kaya memang rugi..sebab kaya bukan segala-galanya.

    Reply
    • Amran says

      2 May 2014 at 09:47

      Tak salah pun nak kaya. Yang salahnya, bekerja dan berharap agar jadi kaya.. Niat nak kena betul.

      Reply
  2. ieta says

    2 May 2014 at 09:27

    Bekerja kerana Allah susah nak jumpa sekarang ni kerana kos sara hidup terlalu tinggi hingga manusia sanggup lakukan apa sahaja…

    Reply
    • Amran says

      2 May 2014 at 09:48

      Sebab tu kita nampak sekarang ni ramai yang bekerja tapi stress.

      Reply
  3. Faizal Nizam says

    2 May 2014 at 15:03

    Rezeki bahagian masing-masing. Yang penting berusaha. Dapat tak dapat itu hal kedua.

    Reply
    • Amran says

      4 May 2014 at 09:44

      Rezeki dah ditentukan. Usaha tu cuma memenuhi suruhan Allah. Sebab tu la bekerja dan berusaha cari duit dikira ibadah. Kalau Allah dah janjikan ada rezeki, maknanya memang ada lah.

      Reply
  4. Hanafi Abdullah says

    3 May 2014 at 13:38

    kalau jadi kaya mesti ada sebab juga..paling penting rasa bersyukur dengan nikmat yang ada.

    Reply
  5. Tehr says

    3 May 2014 at 13:54

    orang kaya, orang miskin
    keduanya mahu hidup bahagia

    dan bahagia bukan diukur dengan nilai kekayaan

    Reply
  6. Ady says

    3 May 2014 at 17:08

    Mempunyai impian menjadi kaya bukanlah dosa, soalnya buat hidup apa2 juga butuh uang, dan jangan sampai hidup kita diatur oleh uang tapi kitalah yang mengatur uang 😀

    Reply
  7. titan says

    4 May 2014 at 13:19

    sentiasalah berusaha walaupun apa jua matlamat sekalipun..

    Reply
  8. Amirul says

    8 May 2014 at 12:22

    Kalau dah rezeki…. tak kerja pun tiba2 boleh jadi kaya.
    Masing2 ada cara tersendiri

    Reply
  9. NOREHAN SAAD says

    15 May 2014 at 15:21

    semuanya kehendak Allah…yang penting mintalah padaNya,berusaha bersungguh..IN shaa allah dipermudahkan…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in