Ketenangan itu ibarat sejalur talian internet di tengah-tengah hutan belentara yang ditemui oleh seorang blogger yang tersesat di dalamnya. Blogger tersebut dapat menikmati melayari internet dengan iPhone 5 nya sambil mengupdate tweeter dan facbook tanpa ada sedikit pun kerisauan sebab tersesat.
Sebagaimana ketenangan menghayati pelayaran internet kurniaan Allah Yang Maha Berkuasa, hati seseorang manusia itu akan berasa tenang apabila dirinya sentiasa mengingati Allah. Tanpa gagal, tanpa ragu.
Orang yang nak merasa nikmat ketenangan ini akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan orang sekeliling. Kualiti hubungannya akan dijaga sebaik mungkin. Amalannya, tingkah-lakunya, pertuturannya mahupun sangkaannya juga akan dijaga.
Dia merupakan orang yang sentiasa berhati-hati dalam segala hal. Pendek kata, segala perkara dalam hidupnya akan dipastikan mendapat redha Allah. Dalam menjalani kehidupan seharian, dirinya sentiasa mendambakan perkara baik. Kata-katanya dijaga agar tidak menyebabkan orang marah, tangannya dijaga agar status fb yang ditulisnya tidak berunsur makian, matanya dijaga agar tidak terbaca bahan-bahan dakyah lagi fitnah dan anggota badannya dijaga agar terhindar dari perkara maksiat.
Dengan demikian, ketenangan yang diperolehi akan menjadikan hidupnya dan matinya sesuatu yang bermanafaat bukan sahaja untuk dirinya malahan makhluk disekitarnya.
Hidup bila bergantung pada Allah, inshaaAllah tenang dan aman. Itu yg ambe dengar Prof Muhaya cakap. Sama2 kita hadami =)
Setuju sangat.. 😀
betul tu cikgu..setuju dengan entri ni..sama² lah mencari ketenangan..
insha allah kita beroleh ketenangan yang diidamkan selama ini.
Salam hormat 🙂
Secangkir kulat berendam kapur,
Belah pinang bunyi berderap;
Zikir dan solat bersulam tafakur,
Itulah penenang paling mujarab..
Tenang sungguh air perigi,
Berenang-renang ikan seluang,
Bersih hati sebagai kunci,
Dendam kesumat mesti dibuang.
😀
istilah jalur lebar dlm hutan tu menarik,hehe..
menarik.. hehehe.. ye ke?
sungguh…. kita perlu bersyukur, berterima kasih dan tidak bermusuh.
tenangnya bila tengok pemandangan hijau macam ni.. 🙂
hati akan menjadi tenang pabila mengingati Allah SWT..dan saya pun tenang membaca artikel ini.Alhamdullilah
nak kena cari ketenangan hati juga ni…
tenang je bce entri ni..
aku lg ske duk dlm bilik sorg2 pastu update blog dan fb..
hihi
bila mandi..aku rasa tenang sikit. sejukkk aje rasa..
lagi-lagi mandi kat Morib bertemankan aweks kan.. heheh