Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Usah kecewa berpanjangan

Usah kecewa berpanjangan

21 March 2013 by Cikgu Hairul

usah kecewa berpanjanganAlhamdulillah keputusan dua peperiksaan awam terbesar dalam hidup telah diperolehi. Murid yang berjaya, senyum sampai ke telinga, manakala murid yang gagal biasanya akan sedih.

Berjaya atau gagal dalam SPM dan STPM bukanlah penentu kejayaan hidup kalian. Kat depan sana ada banyak lagi kolam dan parit yang perlu dilalui. Masing-masing punya perjalanan hidupnya sendiri. Samada kolam dan parit yang bakal dilalui itu penuh dengan kaca pecah atau telah tersedia di dalamnya sebuah perahu untuk kalian meneruskan perjalanan, semua tu sudah ditentukan.

Bangkitlah semula dari kekecewaan yang kamu alami. Andai ini kegagalan pertama, jadikanlah ia pengajaran sepanjang hidupmu. Terlalu banyak jalan yang boleh kalian lalui untuk menuju kejayaan. Usah kecewa berpanjangan..

Begitu juga yang telah berjaya. Jadikan kejayaan hari ini sebagai penambah semangat untuk terus berjaya di masa akan datang. Usah lalai dengan kejayaan. Kejayaan ini adalah ujian buat kamu. Kembalikanlah kejayaan ini kepada yang Maha Bijaksana.

Tiada guna kecewa lagi. Jangan cuba bunuh diri. Teruskan melangkah pergi. Pasti kejayaan menanti.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    21 March 2013 at 10:53

    Bila kurang berjaya atau gagal, jangan cepat putus asa. Jadikan ia sebagai pembakar semagat untuk berjaya.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 March 2013 at 22:02

      Perjalanan masih jauh kan bro.. Kalau spm dah berputus asa, macam mana nak teruskan hidup.

      Reply
  2. hafizmd says

    21 March 2013 at 13:41

    Ianya hanyalah sebuah permulaan!
    Ayuh, teruskan perjuangan

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 March 2013 at 22:05

      Menoleh seketika ke belakang untuk cari apa kelemahan diri supaya tidak diulangnya nanti.

      Reply
  3. hafiz says

    21 March 2013 at 15:05

    cuba dan cuba lagi…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 March 2013 at 22:13

      yeah.. itulah yang sepatutnya mereka buat.

      Reply
  4. leeza dayasari says

    21 March 2013 at 21:35

    usah lah ditangisi… akan kegagalan hari ini…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 March 2013 at 22:14

      menangis-menangis ni nampak tak macho la. boleh lari aweks tau. heheh

      Reply
  5. Hairul Azni says

    22 March 2013 at 14:40

    Kepada yang ada bakat menulis tu,cepat2 fikirkan nama domain dan pilih syarikat hosting yang berkenan di hati..moga2 berjaya dalam dunia blog..macam Cikgu Hairul..hee..hee..

    Reply
    • chii says

      27 March 2013 at 18:42

      hehehe…betul gak tu..x pun..jadi penulis novel..skrg ni ramai yg da berjaya 🙂

      Reply
  6. diana says

    22 March 2013 at 16:09

    kejayaan ada dimana..kan?/

    Reply
  7. TehR says

    23 March 2013 at 12:09

    gagal dalam peperiksaan bukan bererti gagal dalam hidup
    masih banyak liku2 yang mesti dilalui
    bangkit dan terus berusaha

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 March 2013 at 08:36

      nak membetulkan persepsi orang kita susah sikit sekarang ni. ingat gagal spm, gagal la dalam hidup.

      Reply
  8. ohcikgu says

    26 March 2013 at 06:32

    betul. tak usah kecewa aje. banyak lagi benda boleh mereka lakukan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 March 2013 at 08:34

      kecewa takkan bawak ke mana pun kan cikgu?

      Reply
  9. Aya says

    1 April 2013 at 16:00

    terus berusaha dan jangan berputus asa..adik-adik..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in